[ Dua belas minggu ] – Episod 6: Budaya berbahasa

+ Apabila seorang pelajar tingkatan dua menempelak aku sambil berkata, “Ustaz, bahasa Inggeris menunjukkan kita maju!” Aku hanya tersenyum. Sudah terbudayakah generasi kini dengan pemikiran sebegitu? Patutkah Dewan Bahasa menukar slogan ‘Bahasa Menunjukkan Bangsa’ kepada ‘Bahasa Menunjukkan Kemajuan?’ Ada apa dengan sesuatu bahasa sampai boleh meningkatkan tahap kemajuan sesuatu bangsa? Ya, aku cuma terfikir.

+ Cuba kaji, bila kita menyebut Laptop, atau Desktop; Bunyi seperti majukan? Updated bak kata bahasa maju itu. Tapi bila terjemah kepada bahasa kita apa bunyinya? Atas peha? Atas meja? Mungkin ada berpendapat ringkas itu maju.  Aku cuba mencari di mana sebenarnya kemajuan yang ada pada Bahasa Inggeris. Ia cuma dijadikan bahasa antarabangsa. Jika orang India lebih fasih berbahasa Inggeris dari kita, atau orang Afrika yang lebih pandai menuturinya, adakah mereka sudah lebih terkedepan dari kita? Ya, aku cuma terfikir.

+ Bila seorang sahabat mengeluh tentang pelajar-pelajar yang lebih suka bertutur Bahasa Inggeris dari Bahasa Arab, maka ia adalah normal. Kerana mereka dibudayakan dengan bahasa tersebut. Budaya bukan seperti sebuah bangunan. Membinanya pasti memakan masa, tetapi meruntuhkan mungkin sekelip mata. Budaya terbina melalui asimilasi yang panjang dan pastinya tidak akan runtuh dengan mudah. Memang Bahasa Arab sudah dibudayakan sejak dari kecil, tetapi budaya dalam keadaan tertentu sahaja. Dan bahasa Inggeris pula sejak 2 dekad ini telah dibudayakan sebagai bahasa kedua! Kadang-kadang naib johan satu hari nanti boleh kalahkan Sang juara kan?

+ Aku bukan anti-Bahasa Inggeris. Aku punya dua orang guru Bahasa Inggeris yang sangat aku sayangi dan hormati; Ibu dan mak saudara. Banyak kali ibu aku pesan tentang kepentingan bahasa tersebut. Adakah aku mahu salahkan ibu aku kerana membudayakan bahasa itu? Ia bukan salah pelajar, ia bukan salah ibubapa, malah bukan salah dasar, ia salah budaya! Jadi, siapakah yang mencipta budaya? :)

+ Chow!

  • [ Taqwim ]

    Ogos 2009
    I S R K J S A
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008