[ Hukuman ]

+ Dulu orang marah cikgu-cikgu sebab rotan murid. Kata mereka zaman sekarang kena pakai psikologi nak bagi bebudak baik, dengar kata dan cemerlang belajar. Maka guru-guru pun kena belaja psikologi. Ada kaunselor khas ditempatkan bagi setiap sekolah. Zaman aku sekolah dulu, mana kenal apa benda yang dipanggil kanselor pun. Asal salah sikit, tak payah jumpa cikgu disiplin, masa tu jugak kena tibai. Maka didikan ‘ketinggalan zaman’ itu yang jadikan aku dan orang-orang macam aku jadi orang. Aku kira begitu.

+ Sekarang letaklah kaunselor ke, guru disiplin 8 orang ke, bebudak makin pelik perangai. Aku bukan mahu cerita perangai bebudak sekolah sekarang. Kalau nak tahu, sila jadi cikgu. Cikgu sekolah memandu pun boleh. Sebab bebudak sekolah memandu akan jadi sangat baik bila belaja memandu, semua ikut, semua patuh. Bila dah dapat lesen, korang cuba kira berapa orang yang mati ops sikap kali ini?

+ Jadi, kalau lah korang jadi ibu bapa, agak-agak apa hukuman paling berperikemanusiaan bagi anak-anak korang yang buat salah, macam merokok ke, isap dadah ke, berzina ke atau kesalahan kesalahan lain?

a) Tangkap, letak dalam penjara.

b) Maki hamun

c) Sepak terajang

d) Tak mengaku anak

e) Bagi kaunseling – hantar pusat pemulihan (lepas korang kira berapa orang penagih yang masuk balik)

f) Rotan.

+ Kalau nak sembang pasal cara hukuman rotan ikut Islam, mungkin orang yang sangat-sangat mengaku Islam tak nak dengar sebab dorang dah Islam macam Sister in Islam. Jadi korang fikir la sendiri.

+ Chow!

3 Komen

  1. Aku ingat la, aku nak pilih jawapan F.. haha.. (biasa kena masa kecik dulu… tu la jadi aku baik hari ni… huhuhuhu)

  2. Assalam mu alaikum wr wbt.
    Hukum rotan ada dalam ajaran Islam. Maksud Hadis “Suruh anak solat umur tujuh tahun, rotan kalau tak solat umur 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka.” Dari hadis itu jelas hukuman rotan itu ada dalam syariat dan sunnah. Sunnah kalau di ikut pasti Allah SWT tolong dalam proses disiplin. Bila nak pakai psikologi?
    Manusia ni ada empat golongan disudut disiplin perangai. Pertama, cukup dengan pandang sahaja, sudah patuh. Kedua, memadai dengan nasihat. Ketiga, memadai dengan amaran, ancaman dan ugutan dan keempat perlu kepada hukuman dan rotan.
    Kumpulan pertama dan kedua boleh pakai psikologi, khidmat kaunselor boleh selesaikan masalah. Kumpulan tiga perlukan kerja guru disiplin dan kumpulan empat perlukan penguatkuasaan… GB/Pengetua perlu bertindak… Kalau tidak sekolah akan jadi porak peranda…

  3. errr… kalau isa? errr…


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Februari 2010
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008