[ Bangsa atau agama ]

+ Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa tetapi meredhai hanya satu agama. Agama yang bukan diistilahkan dari konteks kebudayaan manusia, tetapi ad-Din yang menjadi panduan hidup manusia mula dari membuka mata hingga menutupnya. Agama yang bermula dari permulaan manusia; Mengakui Tuhan itu hanya satu serta menunggu di akhir kehidupan nanti ada pembalasan. Bangsa dan agama itu sangat berbeza.

+ Muslimin ketika ini sudah lama disogok dengan fahaman kebangsaan. Ya, fahaman yang memperjuangkan bangsa, menyatukan bangsa. Tetapi adakah dengan menyatukan bangsa itu mampu menyelasai masalah bangsa tersebut? Menyatukan satu bangsa mungkin sesuatu yang mudah dilaksanakan. Tetapi bagaimana pula menyatukan bangsa-bangsa yang pelbagai? Sedangkan biri-biri tidak mahu dibuntingkan oleh kambing jenis lain, inikan manusia yang punya pelbagai perbezaan jika mengikut bangsa.

+ Kenapa perang di tanah Maqdis itu sentiasa diwar-warkan sebagai peperangan antara-bangsa? Ya, antara bangsa Arab Palestin dengan bangsa Israel? Mereka yang bertempur itu memang berbangsa Arab Palestin, tetapi mereka beragama Islam. Agama yang satu yang dianuti hampir 2 juta manusia. Kenapa tidak pernah diungkapkan sebagai perang antara-agama? Senstitif? Jadi, selama ini yang kita banggakan dengan perjuangan syuhada’ zaman lampau dulu itu adakah perkara yang sensitif? Kemegahan umat Islam di dalam perang solibiyah menentang kristian adakah perkara yang sensitif?

+ Aku suka tinggalkan persoalan. Apakah yang kita perjuangkan sebenarnya? Keamanan untuk bangsa Arab Palestin atau Kemenangan bagi pejuang Fi sabilillah demi kemegahan Islam?

+ Chow!