[ Seorang Melayu di Pekan Pitas ] – Episod 1: Memujuk hati

+ Ini coretan pertama setelah bermula 2010. Ini coretan pertama sejak bermula nasib yang tidak dijangka. Ini coretan pertama sesudah menjejakkan kaki di tanah seberang Laut China Selatan yang dikatakan dibawah bayu.

+ Setelah tahu akan ditempatkan di Sabah, kemudian bertugas sebagai Guru Pendidikan Khas; Aku dikejutkan lagi dengan penempatan di Sekolah Rendah. Maka tarikh 6 Januari 2010, aku melapor diri sebagai Guru Pendidikan Islam Khas di Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas II, Pitas, Sabah. Sambutan yang sangat meletihkan semasa di Kota Kinabalu dengan penerbangan yang tertangguh hampir sejam di KLIA, kemudian terpaksa membayar sewa bilik di hotel serta pengangkutan ke daerah masing-masing, bukanlah permulaan yang baik di sini. Ya, alasannya tiada peruntukan.

+ Hampir seminggu berada di Pitas, aku masih memujuk hati. Ada lagi sahabat yang lebih tidak bernasib baik. Ada sahabat yang perlu melupakan jawatan DG41 ini kerana bakal terpisah dengan anak. Ada juga yang masih belum menerima apa-apa surat penempatan kerana bukan opsyen Pendidikan Islam. Malah ada juga yang berada lebih jauh di pendalaman dari aku. Maka aku masih memujuk hati. Namun bekerja di bawah mood kurang selesa bukanlah sesuatu yang baik. Cadangan dari beberapa orang di sini masih berlegar-legar dalam perancangan aku. Sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan perlu lebih masa untuk membuat tindakan seterusnya.

+ Pekan Pitas; Pekan kecil yang menjadi pusat Daerah Pitas yang besarnya dikatakan lebih besar dari Perlis. Tiada apa yang menarik di sini melainkan kedudukannya yang hampir dengan perkampungan nelayan. Bila fikir-fikir balik, sejak dari dulu aku akan bermastautin di pekan-pekan kecil. Di Shibin el-Kom, Mesir, di Bukit Ibam dan di sini. Mungkin dengan pengalaman dahulu itu memudahkan aku untuk cepat menyesuaikan diri.

+ Menariknya, di sini ada hospital yang lebih besar dari hospital di Lipis tetapi tiada kemudahan bank serta pejabat pos!

+ Chow!

6 Komen

  1. setiap kesusahan akan disusuli kesenangan. yakin dan tabah.
    ‘i have an ear to give it to you’. =)

  2. Salam..Tdk terkejut membaca coretan kamu..sememangnya pitas sebuah pekan kecil yg masih byk kekurangannya..Sy harap kamu bersabar n boleh sesuaikan diri disana utk membantu mereka..Gud luck dari saya..salam

  3. datang Sabah mesti tabah.

  4. salam saudara, keadaan kat Pitas same lagi ke selepas 2 tahun?

  5. jalankan tanggungjawab anda..bukan mengeluh..Allah beri rezeki anda d sana…

  6. slm ustaz.
    sy nazma guru pelatih jqaf dpli sr lpbs dr ipg kent tuaran
    sy bakal ditempatkan di sk rukom pitas dan akan melapor diri pada 2 Jan ini. ustaz tahu tak mana2 ruma atau bilik sewa yg kosong dan berdekatan dgn sekolah sk rukom.
    mohon sgt jasa baik ustaz membantu sy mengatasi mslh ini memandangkan ini pertama kali sy datang ke sabah dan hanya sy seorg shj bakal ditempatkan di sekolah itu.
    ustaz bole hubungi sy di 0148437037 atau emel sy bientu_niez2@yahoo.com.
    hanya Allah mampu membalas sgl jasa baik serta bantuan yg dihulurkan.
    terima kasih
    assalamualaikum………………..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Januari 2010
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008