[ Cerita di akhir 2009 ]

+ Seorang sahabat bertanya; “Awak ni relaks je kena posting Sabah, macam tak de perasaan?” Aku tergelak dan sengih.

+ 4 Januari nanti aku bakal berlepas ke negeri bawah bayu itu. Mahu zahirkan perasaan apa ya? Sedih? Mahu sedih kenapa? Gembira? Perlukah gembira meninggalkan bonda lagi? Tidak puas hati? Kenapa mahu marahkan takdir yang sudah ditentukan? Jadi, perasaan apa yang perlu aku zahirkan? Aku kira, menerimanya sebagai ‘turning point’ baru dalam hidup, sudah cukup.

+  Aku belum mampu membayangkan lagi bagaimana perjalanan baru itu. Risiko yang aku bicarakan dulu satu persatu muncul dan ia adalah cabaran untuk dihadapi. Cuma sedikit terkilan dengan penentuan posting ini. Ada sahabat-sahabat yang terpaksa meninggalkan anak, suami kerana dihantar ke seberang sana. Moga-moga Allah permudahkan urusan mereka.

+ 2009 menyimpan beberapa babak memori yang perlu aku gunakan sebagai teladan. Ada yang aku catatkan di sini, ada juga yang aku biarkan berlegar hanya di memori. Ramai sahabat lama sudah berhubung semula; Ramai juga sahabat baru memulakan perhubungan. Ya, hidup ini amat indah jika persahabatan itu terus dimanafaatkan.

+ Cuma, jika ditanya tentang ‘bujang’, maka jawapan tahun depan sama dengan tahun ini :)

+ Jumpa di Sabah ya! Chow!

7 Komen

  1. Kalo cepat tahun ni, kalo lambat tahun depan… huhu

  2. baik-baik naik belon bah.
    agak2 bertemu dengan puteri santubung tak kat sana???

  3. Assalam mu alaikum wr wbt
    Puteri Sentubung tu bukan di Sabah tetapi di Sarawak!!!
    Tak ape acik!! di sana ramai juga orang semenanjung. Janji rajin cari…
    Rakan setahun pengajian dengan deme ada di sana…
    Siti Hasmah Hassan. Ajar J-QAF di sana..

  4. Wah, jauh berhijrah sempena tahun baru ni. Semoga dapat emncurahkan ilmu kepada anak-anak di sana. :)

  5. salam..
    nak tanye r..awak nie cikgu sekolah nie ke?
    mula ngajar tahun bile ea
    saya bkn ape..dulu saya belajar kat SMABI…

  6. post la gambo tepi laut kt pitas tu….ade rezki boleh gi jalan2….

  7. To Xara: Ha ha ha.. hijrah kerana terpaksa

    To Aishah: 2007-2008 saya mengajar di SMABI

    To Abujazarie: Nanti la.. kemera pun x de lagi..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s