[ Tayyarat terbaru? ]

+ Jangan terkejut jika satu hari anda terdengar ada pihak yang menyatakan sebegini; “Al-Qur’an diturunkan untuk semua orang, jadi semua orang boleh faham al-Qur’an.” Bunyinya seperti tiada salah. Tapi betulkah semua orang boleh faham segala isi yang terdapat di dalam al-Qur’an yang berbahasa arab itu? Ada pula yang mengatakan, “Bukankah dah ada terjemahan al-Qur’an, kita boleh faham isi al-Qur’an dengan terjemahan yang ada.” Memang sudah ada terjemahan, namun, adakah ayat-ayat di dalam al-Qur’an itu berbentuk teks ilmiah biasa? Atau berbentuk teks sastera? Atau punya keistimewaan yang tiada pada teks-teks biasa? Ibarat susunan-susunan bait sajak sasterawan Melayu kita, adakah mampu kita faham hanya melihat pada zahir teks tersebut? Al-Qur’an punya susunan gaya bahasa yang luar biasa kerana ia adalah Kalam Allah dan diturunkan kepada manusia yang paling layak untuk mentafsirkannya iaitu Rasulullah, maka adakah kita yang tiada ilmu sedikit pun tentang Bahasa Arab mampu memahami al-Qur’an seperti Rasulullah?

+ Jangan terkejut pula bila ada pihak yang menyatakan, “Untuk mengembalikan kegemilangan Islam, maka kita perlu ikut al-Qur’an dan as-Sunnah 100%.” Nampak seperti tiada salahkan? Namun, adakah cara mengikut a-Qur’an dan as-Sunnah 100% itu kita hanya membaca al-Qur’an (terjemahannya sahaja), dan membaca hadith-hadith sohih sahaja? Atau membuat halaqah di rumah-rumah seperti yang dilakukan Rasulullah semasa dakwah tersembunyi Baginda? Atau mungkin berkira-kira mahu menjejak cara dakwah Rasulullah bermula dari dakwah tersembunyi, kemudian terang-terangan, kemudian bai’ah aqabah kemudian membuka Madinah? Jadi begitukah dikira mengikut as-Sunnah 100%? Maknanya segala usaha ulama’-ulama’, ustaz-ustaz, pendakwah-pendakwah kita dari mula datangnya Islam sehingga ke hari ini tidak mengikut as-Sunnah 100%?

+ Maka ini adalah tayyarat terbaru. Satu pemikiran salah yang mula muncul dikalangan masyarakat yang mahu melihat Islam sebagai penyelamat umat. Niat yang baik, namun dengan cara yang salah.

+ Chow!

2 Komen

  1. pastinyer mmg al-quran mudah difahami untk semua umat melainkan beberapa ayat yg mutasyabihat perlu rujuk kpd mufassirin ..

  2. benarkah hanya ayat-ayat mutasyabihat sahaja yang perlu rujuk kepada mufassirin? Jika tidak mempunyai ilmu bahasa arab, saya rasa banyak ayat-ayat al-qur’an yang kita tidak boleh fahami hanya dengan merujuk terjemahan.

    terjemahan melayu kadang-kadang tidak meraikan beberapa gaya bahasa asal bahasa arab. Contoh paling mudah adalah perkataan ‘singular’ dan ‘plural’, begitu juga kata ganti diri. Salah memahami unsur-unsur mudah ini di dalam al-Qur’an boleh merosakkan kefahaman tentang ayat-ayat suci tersebut.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    November 2009
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008