[ Dua belas minggu ] – Episod 9: Aku dan Kuala Lumpur

+ Aku dan Kuala Lumpur sangat sinonim sebab nombor tengah di dalam kad pengelanan adalah 14. Maknanya Kuala Lumpur adalah tempat tumpah darah. Zaman kanak-kanak aku banyak berlari-lari, ke hulu dan ke hilir di celah-celah setinggan rumah kawan-kawan. Kadang-kadang berendam di lombong-lombong tinggal sebelum berdiri megah flat-flat atau bangunan-bangunan mewah yang ada sekarang. Aku dan Kuala Lumpur sangat sinonim kan?

+ Lebih 15 tahun dulu aku meninggalkan Kuala Lumpur. Namun tahun 2009 mengembalikan semula anak kotaraya ini ke tempat asalnya. Walaupun sebentar menjadi warga Kuala Lumpur semula, aku kira rindu pada tempat tumpah darah sudah hilang. Mungkin sebab Kuala Lumpur kini bukan seperti 20 tahun dulu. Sudah tiada setinggan, sudah tiada lombong-lombong, sudah tiada Bas Mini dan sudah tiada teksi hitam kuning! Maka hari ini aku akan meninggalkan Kuala Lumpur untuk kali kedua. Tiada apa yang masih tinggal untuk aku jejak lagi di sini. Semuanya hilang di telan masa.

+ Selamat tinggal Kuala Lumpur, jika ditakdirkan aku kembali semula, mungkin akan lebih lama. Jika tidak, maka Kuala Lumpur hanya akan jadi persinggahan.

+ Apa yang aku dapat semasa DPLI? Emmm, ummm, errrrrr …. yang pasti tak dapat awek baru. Ha ha ha

+ Chow!

1 Komen

  1. mahu gelak pada ‘+’kedua terakhir. =)))))))

    sirih pulang ke gagang. selamat kembali.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    November 2009
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008