[ Dua belas minggu ] – Episod 8: Realiti yang masih menjadi mimpi ngeri?

+ Kadang-kadang, realiti masih dianggap mimpi ngeri oleh sesetengah orang termasuk aku sedangkan ia benar-benar berlaku. Ya, macam cerita Pendekar Bujang Lapok yang men’cobaan’kan tragedi didepan mata. Cuma, waktu bangkit dan sedar dari mimpi tersebut mungkin berbeza dari satu sama lain.

+ Semalam berlangsung sesi Refleksi Latihan Mengajar DPLI UM 09. Segala realiti yang dilalui rakan-rakan telah dikongsi bersama dalam sesi yang memakan masa lebih kurang 9 jam termasuk waktu rehat. Kesimpulannya, masih ramai yang belum sedar dari mimpi tersebut. Mimpi yang sangat mengerikan. Mimpi yang dianggap perlu dijauhi maka disebut diulang moga-moga tidak datang kembali.

+ Sekali sudah melangkah ke alam pendidikan, maka ia bukan mimpi. Apa yang kami tempuhi selama lebih kurang 11 minggu itu sebenarnya adalah realiti yang akan menjadi rutin hidup akan datang. Jadi tidak perlu disebut diulang tentang kerenah murid. Tidak perlu menangis dengan hubungan guru senior dan junior dan tidak perlu takut dengan pentadbir serta tugas-tugas bukan hakiki yang dibebani. Semua itu bakal ditempuhi bila selesai nanti.

+ Dalam bincang-bincang itu, aku teringat sembang bapa saudara: “Teori psikologi yang korang belajar sekarang adalah kajian tentang manusia dulu-dulu. Manusia sekarang tak macam dulu. Bebudak sekarang tak macam dulu!.” Jadi, salahkah kita mempraktikkan teori psikologi yang telah dipelajari? Kalau dipratikkanlah. Aku tidak berani jawab cuma aku yakin bahawa, realiti yang ada depan mata perlu dilihat dengan rasional akal seorang guru. Beliau menyambung lagi; “Kalau guru punya semua ciri yang disebut dalam ciri-ciri guru yang proaktif, produktif dan cemerlang, maka guru itu gila. Mana ada manusia yang sempurna?” Maka lakukan yang termampu dengan mengasah kelebihan diri dan menyembunyikan kekurangan.

+ Mengulang kata-kata Ust. Rahimi; Generasi yang terbaik adalah generasi Rasulullah kemudian generasi selepasnya dan generasi selepasnya. Cuma, bukankah Islam itu yang terbaik dan kita adalah orang Islam?

+ Chow!

1 Komen

  1. In computing, spamdexing (also known as search spam, search engine spam,
    web spam, black hat seo or search engine poisoning) Information you requested is the deliberate
    manipulation of search engine indexes. It involves
    a number of methods, such as repeating unrelated phrases, to manipulate the relevance or prominence of resources
    indexed in a manner inconsistent with the purpose of the indexing system.
    Compare rates It could be considered to be a
    part of search engine optimization, though there are many search
    engine optimization methods that improve the quality and
    appearance of the content of web sites and serve content useful
    to many users. Click / Click Here / Search engines use a variety of algorithms to determine relevancy ranking.
    Some of these include determining whether the search term appears in the
    body text or URL of a web page. Many search engines check for instances of Billing addressspamdexing and will
    remove suspect pages from their indexes


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s