[ Cerita Aidilfitri: Delayed ]

+ Aku masih yakin, jika kita mahu sesuatu dan sentiasa berdoa, maka ia akan dimakbulkan. Jika bukan dalam masa terdekat, mungkin pada satu hari yang kita tidak sangka. Sejak kepulangan ke tanah air, aku sentiasa berharap dapat bertemu semula dengan kawan-kawan lama sama sekolah dahulu. Maka seorang demi seorang Allah pertemukan aku dengan mereka. Aidilfitri ini juga, Allah pertemukan aku dengan seorang lagi sahabat lama semasa di Kuliah dahulu. Alhamdulillah.

+ Aidilfitri ini juga aku diserang dengan soalan-aku-malas-jawab disebabkan berita adik aku akan bertunang bulan 10 nanti. Jumpa mana-mana sepupu sepapat ipar duai ayah dan ibu saudara, pasti ayat pertama mereka berulsubkan ‘istifhamiah’; “Aok ke yang nok bertunang bulan depan?” , “Keh dengo aok nak bertunang?” , “Ehh, bukan aok ke yang nak bertunang?” Jawapannya? Deme pikir le sendiri. :D

+ Ramadhan yang berlalu aku kira sudah berpuas hati dengan pelajaran yang aku terima. Ramadhan kali ini mengajar aku erti berpuas hati dengan apa yang ada. Apa sahaja yang ditentukan oleh Allah untuk kita sama ada kita suka atau benci semuanya adalah terbaik untuk kita.

+ Menunggu mood untuk menulis semula, seperti tunggu pokok durian belakang rumah berbuah!

+ Chow!

3 Komen

  1. ‘… tunggu pokok durian…’??? ehehe =))

  2. ye … masih tunggu pokok durian belakang umah berbuah.. usia dia dah lebih 10 tahun.. he he he

  3. Mana nak berbuah kalau tak di bubuh baja. Kalau nanti mood nak menulis tentu tak sampai mood itu. Oleh itu set the target. Mesti tulis seminggu satu….. jadi kita akan cuba capai target itu..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s