[ Cyber Interaction ]

+ Antara perkara yang sering aku pesan pada anak-anak murid adalah hubungan antara lelaki dan perempuan. Biasanya aku menggunakan tajuk ‘malu’ sebagai permulaan bicara. Wanita dibekalkan dengan sifat malu yang tebal. Namun jika setiap hari dikikis, digali, dikorek, maka dinding emas dan perak yang menghalang Ya’juj dan Ma’juj juga pasti menipis.  Jadi, jika satu sapaan lelaki dibalas oleh wanita, maka 1% malu wanita itu akan terhakis. Kemudian seterusnya dan seterusnya.

+ Nampak seperti sangat kolot. Ya, kolot itulah yang diajar Islam untuk elak segala macam durjana selepas seorang wanita kehilangan malunya. Jika batas itu digariskan dalam kehidupan realiti ini, aku kira batas itu juga perlu diteliti semasa di maya. Perhubungan di zaman hujung jari kini lebih mudah dan cepat. Walapun mungkin tidak akan sampai bersentuhan lelaki dan wanita; Namun adakah itu sebagai alasan boleh bicara mesra bergurau senda berlebih-lebihan?

+ Memang aku tidak layak memberi hukum dalam hal ini. Mungkin juga diletakkan atas dasar tidak menimbulkan nafsu, maka bicara sebegitu berterusan sehingga orang belajar agama pun terlibat sama. Mesra tidak bermakna lucah. Namun, mesra mungkin menimbulkan fitnah. Lebih-lebih lagi dilakukan oleh orang yang belajar agama. Malah yang sudah berumah tangga. Apa agaknya tanggapan orang biasa yang membaca bicara-bicara sebegini dari ustaz dan ustazah? Di mana pula akan terletaknnya hormat murid-murid bila memerhatikan ayat-ayat guru-guru mereka? Tidak terguriskah jika seorang isteri membaca tulisan-tulisan sebegitu oleh suaminya kepada wanita lain?

+ Semua tahu, interaksi maya yang semakin digunapakai seluruh dunia ciptaan barat. Aku juga guna dan pakai. Cuma, semakin hari, semakin kurang senang berada di dalamnya. Entah mengapa. Aku yakin, ia juga senjata musuh Islam untuk melalaikan muslimin. Bagaimana menggunakannya, cara apa yang boleh menjadikan ia berguna kepada diri dan agama, aku kira orang yang belajar agama sudah tahu dan perlu guna.

+ Aku teringat pesan seorang Doktor semasa di Shibin; “Kalau kita orang belajar agama tak buat solat sunat rawatib, maka kamu nak harap siapa lagi yang buat?”

+ Chow!

1 Komen

  1. Salam mulai hari ni ana bertukar ke http://tinta-ilmu.via.my/


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s