[ Menulis tentang 28 tahun ]

+ Seorang sahabat bertanya dalam sms; “Apa harapan bila umur sudah 28 tahun ni?” Aku balas; “Entah.” sahaja. Memang aku tidak tahu dan jarang berharap. Aku kira, jika mahu sesuatu, jika ingin mengubah sesuatu, perlu bertindak dahulu bukan berharap. Arwah Abah mengajar aku begitu. Sejak kecil aku jarang dapat apa yang aku harapkan. Maka, susah untuk aku memulakan sesuatu dengan pengharapan. Bukan aku terkilan dengan sejarah itu, tetapi amat berterima kasih dengan didikan Arwah Abah. Didikan itulah yang menjadikan aku begini setelah 28 tahun. Segala apa yang aku ada sekarang kebanyakkannya adalah hasil dari usaha sendiri. Walaupun tidak banyak, tidak mewah, namun aku puas kerana ia adalah hasil titik peluh sendiri.

+ Kadang-kadang aku menjadi cemburu dengan nasib orang lain yang lebih baik. Namun cemburu itu hanya sebentar dan akan hilang bila melihat diri sendiri. Aku kira, tidak perlu memutar masa kembali untuk memperolehi sama atau lebih dari orang lain. Biarlah mereka dengan nasib yang ditentukan itu dan aku dengan nasib yang telah diaturkan sebegini. Aku bersyukur kerana masih hidup setelah 28 tahun. Itu nikmat nasib yang terbesar perlu disyukuri.

+ Terima kasih atas ucapan-ucapan yang disampaikan. Pada usia sebegini, walaupun masih lagi mengukuhkan tapak untuk berjalan lebih yakin ke hadapan, teman-teman jugalah yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan. Terima kasih untuk semua.

+ Ya, hari ini umurku sudah genap 28 tahun.

+ Chow!

1 Komen

  1. Selamat usia 28 tahun. Semoga panjang umur dimurahkan rezeki diberikan kesihatan badan.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    September 2009
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008