[ Puasa dan merdeka: Apa yang sama? ]

+ Puasa dan merdeka, apa yang sama? Aku rasa adat. Ya, puasa sudah menjadi adat dan menyambut kemerdekaan itu juga sudah menjadi adat pada 31 Ogos setiap tahun. Walaupun tahun ini tidak semeriah sambutan tahun-tahun sebelumnya dengan alasan Ramadhan yang suci. Jika sambutan kemerdekaan menjadi adat, ia tidak menjadi masalah kerana menyatakan kesyukuran terhadap kemerdekaan negera. Cuma, benarkah kita menyatakan kesyukuran?

+ Berjalan kali pertama di bazar ramadhan, aku terfikir, adakah puasa dan Ramadhan itu sudah menjadi adat? Adat orang Melayu. Ada yang berpuasa kerana orang lain berpuasa, atau memang tidak berpuasa cuma berlagak puasa, atau menganggap di bulan Ramadhan ini perlu mengunjungi bazar Ramadhan? Aku bukan memperlekehkan ibadah orang lain, cuma benarkah beribadah jika aurat tidak dijaga, pergaulan tidak dibatas malah berpuasakah mereka yang bertindik seluruh wajah?

+ Maka, apa yang sama pada puasa dan merdeka? Orang melayu dengan kemajuan yang kononnya maju menyambut kemerdekaan dengan semangat patriotik sambil berpuasa di bulan Ramadhan. Tiada perbezaan kan?

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s