[ Dua belas minggu ] – Episod 5: Buli

+ Ini bukan kisah kes buli pelajar ataupun ulasan filem BULI yan sudah berkurun itu.

+ Aku suka dengan istilah ‘tolong menolong’. Maksudnya, perlu ada timbal balas. Bukan perbuatan dari satu pihak sahaja. Jika tiada timbal balas, aku kira itu buli. Aku bukan seorang yang berkira dengan pertolongan, tetapi aku menganggap jika kita sahaja yang letih, kita sahaja yang tolong, kita sahaja yang perlu buat kerja orang lain, maka ia adalah buli.

+ Bila rakan-rakan DPLI mengadu tentang tugas-tugas sampingan yang mereka terpaksa lakukan atas arahan guru-guru senior mereka, aku menganggap ia adalah buli. Bukankah tugas-tugas itu tugas mereka? Kenapa perlu dibebankan kepada guru praktikel? Memang guru praktikel punya banyak masa, tetapi patutkan diserahkan bulat-bulat kepada mereka tanpa ada penyeliaan?

+ Aku mahu bezakan buli dan tolong-menolong. Jumaat, Sabtu, Ahad baru ini aku dan Rohimi menjadi pengurus kepada pelajar yang bertugas menjadi Penjaga Garisan dalam satu kejohanan Sepak Takraw di Shah Alam. Guru yang bertanggungjawab terpaksa meminta tolong kami kerana ada tugas lain yang perlu dia selesaikan. Apa yang menarik, dia tidak serahkan bulat-bulat kepada kami. Dia sudah tentukan tempat tinggal pelajar, dia juga sudah berurusan dengan pihak yang berkenaan. Kami hanya uruskan mereka semasa kejohanan. Malahan kami sendiri mendapat upah dari tugas tersebut. Maka ia adalah tolong-menolong.

+ Kebanyakkan guru senoir suka mengambil kesempatan terhadap guru praktikel. Sehinggakan soalan ujian pun disuruh guru praktikel sediakan. Ia bukan memberi pengalaman, tetapi mengambil kesempatan. Alhamdulillah, di SAMBEST guru-guru kebanyakkannya bertimbang rasa. Namun aku terdengar sedikit masalah yang dihadapi sahabat-sahabat perempuan yang 4 orang itu.

+ Bagi aku, markah praktikel bukan diberi oleh guru-guru senior. Mereka sedikit pun tidak akan mengurangkan atau melebihkan markah. Jadi mengapa mahu terus tunduk dengan arahan-arahan mereka?

1 Komen

  1. rasa macam nak gelak guling2


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Ogos 2009
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008