[ Dua belas minggu ] – Episod 4: Beruntungkah aku?

+ Beruntungkah aku atau sahabat-sahabat aku yang diuji? Persoalan yang perlu aku fikirkan sepanjang 12 minggu ini setelah tercampak ke tanah yang subur tersebut. Kadang-kadang, tanah yang subur belum tentu menumbuhkan pokok yang baik. Paling kurang, aku perlu menjadi benih yang boleh menumbuhkan pokok, bukan racun yang menjadi dalang kepada kerosakkan seluruh kawasan.

+ Meneladani kisah-kisah duka sahabat-sahabat yang tercampak ke tanah-tanah lain membuatkan aku memikirkan persoalan tersebut. Kenapa aku terpilih ke tanah ini? Adakah ia juga ujian atau semata keberuntungan yang menyebelahi aku? Aku kurang percaya kepada untung yang timbul tenggelam. Setiap yang ditentukan pasti ada sesuatu pengalaman dan pengajaran yang perlu aku ambil kira.

+ Maka aku membuat satu kesimpulan mudah; Aku ke sini, mungkin mahu ditunjukkan bahawa tidak semua pelajar tidak mahu belajar, malas, suka melawan guru dan macam-macam lagi. Allah mahu tunjukkan aku, masa depan bangsa masih lagi boleh diselamatkan jika mereka ini dididik dengan baik, dijaga tingkah laku diadun asuh menjadi penyelamat bangsa, mengimbangi kecelaruan identiti yang semakin menular di dalam masyarakat!

+ Mungkin 12 minggu itu satu jangka masa yang sangat singkat. Namun, ia bukan alasan untuk sekadar datang dan pergi sahaja. Jika tidak mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semua.  Maka aku tidak boleh tinggalkan usaha mendidik mereka. Jika tidak banyak sekurang-kurangnya di akhir nanti, ada sedikit ilmu yang mampu aku tanam dalam hati setiap anak didik.

+ Beruntung atau tidak, setiap manusia pasti dipundakkan tanggungjawab. Mana yang perlu ditanggung, mana yang perlu dijawab, semuanya adalah selayaknya bagi mereka.

+ Kadang-kadang, manusia lupa bahawa kesenangan dan kebahagiaan itu juga satu ujian :)

+ Chow!

1 Komen

  1. jika masih berpandukan wahyu secara asas dan diikut pula dengan logik akal di atas keperluan sesama agama dan manusia, tak ada yang sia2. rasanya laaa


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Julai 2009
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008