[ Dua belas minggu ] – Episod 3: Berfikir ibarat pelajar SAMBEST!

+ Walaupun aku membesar dan menyerap suasana sekolah agama sejak dari remaja, menimba pengalaman, memilih corak kehidupan dalam suasana ‘budak sekolah agama’, namun kali ini aku terkalcer shok berada di sebuah sekolah agama. Seminggu ini aku berdepan dengan sekumpulan pelajar yang benar-benar menguji kemampuan aku untuk bercakap mengikut tahap kognitif! Semasa di SMABI, aku pernah ditegur oleh sahabat apabila aku bercakap menggunakan bahasa-bahasa yang tinggi. Oleh kerana teguran tersebut, aku akhirnya berjaya bercakap mengikut tahap kognitif pelajar-pelajar sekolah menengah yang normal. Kali ini, kognitif aku sendiri menegur aku; ‘Kita perlu bercakap guna cara lain, mereka adalah pelajar sekolah menengah yang luar biasa!’

+ Seminggu ini, aku terima jawapan-jawapan dan soalan yang tidak pernah aku sangka. Contohnya seperti;

1. “Perkara yang paling jahat pernah saya buat kat asrama…. solat subuh kat dorm ustat!”

2. “Kerja ni kami baru dapat tadi ustaz..” Sambil masing-masing sibuk menyiapkan ibarat kerja rumah lapuk yang akan disemak 2 minit lagi.

3. “Apa pendapat ustaz tentang bidaah? Cuba ustaz terangkan ikut mazhab yang 4 tu?” – Soalan pelajar tingkatan 2.

4. “PMR kamu berapa?” Mejoritinya menjawab dengan rilex tanpa ada perasaan bangga, “9A ustaz!”

+ Tapi, aku ada satu soalan yang mereka akan senyap dan tidak mempu jawab; “Apa guna A yang banyak-banyak korang dapat tu? Boleh tak tolong kawan-kawan sebaya kamu yang rosak kat luar sana?” Hu hu hu.

+ Kini aku perlu berfikir ibarat pelajar SAMBEST!

+ Chow!

6 Komen

  1. nk join!!!!

    :D

  2. Kini Tuan Ustaz baru tahu bila masuk ke “alam” yang lain. Mengajar di Sekolah Agama memang kita mengajar mereka yang nak belajar tetapi mengajar disekolah harian kita menjemput, mempersila, memujuk, membelai dan lain-lain me lagi untuk mengharapkan mereka nak belajar. Itulah yang membuatkan saya nak pencen cepat.

  3. ustat, perkara yang paling jahat saya pernah buat di asrama adalah solat subuh di dorm pada hari saya dijadualkan menjadi imam.. ekekeke

  4. To Xara: Owh… rupa ‘perkara paling jahat’ itu sudah berakar umbi ya.. ha ha ha

  5. sebenarnya ada kenakalan lain, tetapi biarlah didiamkan saja..ekeke

    Seperkara yang dibimbangkan adalah perangai yang terlalu ekstrim baiknya. Takut bila keluar kepada masyarakat, akan sangat mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar.

  6. ya.. itu antara perkara yang saya cuba buat mereka berfikir :)


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s