[ Dua belas minggu ] – Episod 1: Ini kerja ISO

+ Situasinya begini; Beberapa orang guru praktikel menjenguk bilik pengetua sebuah sekolah sambil berkata: “Assalamualaikum cikgu, kami ni guru prektikel yang akan buat praktikel di sini.” Mungkin si pengetua akan balas, “Waa.. sila panggung ko yek.. surat ada surat?”

+ Aku pun tak pasti, apa masalahnya. Cuma, dari rungutan beberapa orang sahabat, ada sekolah yang menjadi penempatan praktikel mereka tidak mendapat makluman atau surat dari pihak yang bertanggungjawab. Mungkin sekolah itu jauh dari Lembah Pantai; Posmen kena pas surat-surat itu macam pas baton 4 x 200 meter. Silap-silap pas, baton jatuh. Maka diskualifaid! Atau, sekolah berkenaan guna alamat wakil pos macam kampung aku. Apabila mereka datang ke sekolah, apa yang diminta adalah ‘SURAT’. Maka terkial-kiallah sabahat-sahabat yang terlibat pergi balik tanpa tambang murah untuk selesai urusan SURAT. Ya, ini adalah salah satu faktor yang perlu dalam penilaian ISO, agaknya.

+ Aku sebenarnya pun belum pasti lagi dengan keadaan sekolah tempat praktikel nanti. Hanya berhubung melalui telefon. Cuma, sekolah itu sudah tahu ada 8 orang guru praktikel yang bakal lapor diri Isnin nanti. Alhamdulillah setakat ini belum timbul apa-apa masalah. Syarat praktikel, 60% Pendidikan Islam, 40% Bahasa Arab. Agak-agaknya, ada masalah tak tentang syarat itu. Ada sahabat yang minor Bahasa Arab di suruh ajar Sivik,  ada juga yang sebaliknya.

+ Aku teringat cerita sorang sahabat tentang pertemuannya dengan pengetua sekolah. Pengetua tersebut kata. “Betul ke kamu ni guru praktikel? Mana tau pengganas ke?”

+ Ya, belum mula lagi 12 minggu itu, cuma intronya sangat menarik! Ini kerja ISO, memang begini cara pengurusannya! Perlu penglibatan yang lebih dari pihak pelajar. Ha ha ha. Agaknya sebab kurang penglibatanlah, duit program kami tidak pernah sampai!

+ Chow!

2 Komen

  1. “Pengetua tersebut kata. “Betul ke kamu ni guru praktikel? Mana tau pengganas ke?” – huhuhuhu… mesti sedih kawan ko tu… tergelak aku.

  2. mana tak pengetua saspek pengganas, biasa guru prektikel muka suci-suci, muda rumaja, bergetah.. mari-mari tgk, bapak orang pun ada… hu …


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Julai 2009
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008