[ Dari bukit ke lembah ] – Episod 28: Tammat

+ Penah tak tengok cerita kelakar seram yang penamatnya menimbulkan rasa kesal menonton cerita itu dari mula? Owh, aku bukan mahu cerita tentang filem atau drama. Cuma mahu cari ayat sesuai untuk memulakan entri ini. Aku mahu penamatnya menggambarkan semua yang berlaku sepanjang entri-entri yang pernah aku aku tulis tentang permukiman di Lembah Pantai.

+ Selesai. Perkataan yang paling sesuai untuk diungkapkan. Selesai menjalani 7 bulan pengkuliahan. Cerita soal  peristiwa dan permainan emosi yang berlaku sudah diluahkan, tidak perlu untuk diulang. Aku cuma mahu menamatkan cerita ini. Cerita perhijrahan penuh emosi yang penah aku lakukan, dari sebuah bukit yang aman dan tenang namun terpaksa turun ke lembah yang penuh keripuhan manusia yang menjadi penghuni hutan batu. Namun aku tetap yakin, penghijrahan itu tidak silap. Dan aku yakin bahawa jalan yang aku lalui ini masih panjang.

+7 bulan yang berlalu itu akan aku tampal di dinding memori sebagai pengalaman yang sangat baharu menguji emosi dan semangat setiakawan. Aku yakin ada yang sangat berkecil hati dengan sikap aku, aku sedar kemungkinan terbangkit rasa benci untuk aku. Cuma aku tidak kisah di benci jika apa yang aku katakan itu rasional dan logik boleh diterima. Dan aku tidak kisah jika kecil hati mereka itu kerana aku menyatakan pendapat peribadi.

+ Aku menamatkan gugusan entri ini pada episod ke 28. Kini, aku tercari-cari tajuk baru untuk gugusan entri seterusnya. Kisah di permukiman baru di USJ 16 dan kembali ke meja guru di SAMBES USJ 5.

+ Salam untuk semua. Chow!

5 Komen

  1. Sambest? Wah.. itu sekolah saya tu :)

  2. owh? Orangnya belum bertemu lagi…. sekolahnya sudah jumpa.. ha ha ha

  3. Selamat bermesra-mesraan dengan sekolah saya. Dulu-dulu rajin juga turun sekolah berprogram bersama adik-adik. Cuma kini dilanda sindrom MYA (maleh ya amat), serta konon-konon sangat bz, jadi sudah 2 tahun tidak turun.

    2 tahun daripada 10 tahun tempoh meninggalkan sekolah.. ok la kot? selalu sangat turun, che gu pun boring sebab soalan tak pernah terjawab. soalan mana? hah.. soalan wajib untuk manusia-manusia single yang tak reti-reti berhenti berpoya-poya. :D

  4. jadi, che gu-che gu kat sana suka bertanya soalan wajib itu ye? Lepas ni cuba-cuba la turun ke sekolah itu, mungkin bertambah lagi sorang chegu yang akan tanya soalan yang sama pada kamu.. ha ha ha

  5. oh..jika che gu itu yang bertanya, harus saya kembalikan paku buah keras kepada beliau.hohoho


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s