[ Dari bukit ke lembah ] – Episod 27: Pernah berpisah?

+ Pernah berpisah? Sekali? Dua kali? Tiga kali? Hidup penuh perpisahan? Percayalah, walau berapa kali pun kita pernah lalui perpisahan, kita tetap akan laluinya lagi dan lagi dan lagi. Jadi, perlukah menangis untuk kesekian kali ini? Kita selalu menyatakan sedih dengan sebuah perpisahan, kadang-kadang cuba menyatakan sedih kerana perpisahan, cuma kita mungkin lupa tentang peristiwa selepas perpisahan itu. Kadang-kadang ia lebih menyedihkan. Masa mengubah manusia, maka masa juga pasti akan memakan interaksi sebelum perpisahan dan akhirnya memadamkan sebuah persahabatan.

+ Ada yang kata, sedih perlu dizahirkan. Ada yang kata tangis itu meluahkan keresahan. Namun, bukan semua kesedihan perlu dizahirkan, tidak perlu juga tangis sebagai tanda keresahan kerana ekspresi banyak yang menipu, dalam hati siapa tahu walau rambut sama-sama hitam.

+ Pertemuan seketika di lembah yang tidak menjanjikan pantai ini, mengajar banyak perkara soal persahabatan. Di mana emosi perlu dipamerkan dan di mana ikhlas tidak perlu dizahirkan. Ada yang kata, pertemuan singkat itu betul-betul merapatkan hubungan, namun sedarkah ia atas dasar apa? Aku tidak layak menghukum manusia lain dengan kepuraan, cuma aku pasti menanti peristiwa selepas perpisahan. Adakah pengalaman lalu berulang kembali, atau telahan atas dasar pengalaman lalu itu salah.

+ Ada yang sembunyi belakang orang lain, ada yang mendabik pamer segala onar di badan; Ingatlah wahai teman, aku kenal kamu dengan perkenalan pertama. Bagi aku tiada yang kedua dan ketiga kerana mereka yang pelbagai watak ini bagi aku berpura-pura.

+ Jadi berpisahlah untuk bertemu semula, jika tidak di dunia… anggaplah kita akan berjiran di sana, Insya Allah.

+ Chow!

1 Komen

  1. moga perpisahan ini kan jadi kenangan..semua akan bertemu di dalam doa sahabt yng baik..=)..jika tidak bertemu di dunia..moga bertemu di akhirat sana..insyaAllah di syurga..mudahan..semoga setiap jasa akan di hitung oleh Allah…salam ukhuwwah fillah..=P


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s