[ Dari Bukit ke Lembah ] – Episod 26: Hari-hari terakhir

+ Sebenarnya, banyak perkara yang aku mahu coretkan sebagai catatan kehidupan yang sedang aku lalui ketika ini. Namun kerana sindrom buntu menulis masih belum kebah, tiada satu pun yang mampu aku catatkan di ruang maya ini. Ya memang benar, ayat sebelum ini hanya ayat manis sebagai alasan menutup MALAS. Hu hu hu.

+ Hari-hari terakhir berada di universiti tertua tanahair ini menjadikan emosi aku bercampur-campur. Kadang-kadang perasaan tidak sabar mahu berada di sekolah semula menguasai diri. Kononnya mahu tebus kesalahan masa jadi guru tidak terlatih dulu. Mentang-mentang sudah habis belajar bagaiman mahu jadi guru … namun, bersediakah aku sebenarnya? Kadang-kadang pula sesak, resah-gelisah dengan baki pengajian yang ada. Apa ilmu yang aku dapat sepanjang 7 bulan di sini? Belajar secara santai lebih santai dari permukiman di seberang benua dahulu. Kadang-kadang juga terharu, geram, simpati dan empati pada keadaan sahabat-sahabat sekelas. 95 orang dari pelbagai latarbelakang, pelbagai sikap, pelagai watak semua perlu di adaptasi. Hasilnya pelbagai emosi yang wujud sebagai tindak balasnya. Aku sedar, mungkin ada yang tidak selesa dengan sikap dan tingkah laku sebenar aku, mungkin kadang-kadang terlupa aku berurusan dengan orang yang baru hanya kenal tidak sampai setahun. Aku kira, jika tidak suka, benci, menyampah, meluat, semua itu datang dari emosi mereka. Aku terima penerimaan mereka.

+ Hari-hari terakhir di Universiti Malaya, aku kira sudah puas hati. Mana-mana tempat pasti ada risiko dan ketidak selesaan. Tiada yang sempurna melainkan Yang Maha Sempurna. Maka terima lah seadanya. Mohon maaf buat semua para sahabat jika emosi-emosi kamu semua terganggu di sebabkan sikap dan tingkah laku aku. Ada seminggu lagi untuk bersama sebagai rakan sekelas, maka jadikan ia sebagai penamat yang bahagia :)

+ Chow!

1 Komen

  1. assalamualaikum

    salam perjuangan dari sahabatmu … moga ukhuwah yang terjalin walaupun hanya seketika akan berpanjangan sampai bila-bila .. jadikan kenangan dan memori semalam sebagai ingatan sepanjang masa..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s