[ Dari Bukit ke Lembah ] – Episod 25: Kepengakapan II

+ Bermula Jemaat lepas sampai hari ini, aku berkelana lagi ke Hutan Rimba Komanwel, Rawang buat kali ke tiga. Ya, bertandang kembali ke tempat yang sama untuk meneruskan misi dan visi pelajar lelaki DPLI UM 2009, iaitu mendapat anugerah Manik Kayu. Aku pun tak pasti, perlukah aku dikalungkan dengan anugerah sebegitu sedangkan pesan arwah ayah lebih 20 tahun lalu masing terngiang-ngiang; ‘pengakap itu mengarut!’.

+ Tamatnya perkhemahan yang banyak permainan emosi sesama ahli ini mampu menggerakkan akal aku yang semakin berkarat untuk membuat satu konklusi. Pesan arwah ayah masih teguh dalam penilaian aku, ‘pengakap masih banyak mengarut!’. Namun bukankah ia adalah ciptaan manusia yang cuba menggabungkan unsur alam dalam usaha mewujudkan etika kemanusiaan yang baik? Hakikat yang tidak boleh dinafikan pada mana-mana usaha akal manusia untuk menjadikan dunia lebih baik untuk didiami mengikut pandangan akal cetek mereka sendiri.

+ Apabila sesuatu yang sentiasa berubah dan berkembang mencipta sesaatu perkara, maka ciptaan mereka juga pasti mempunyai sifat berubah dan berkembang. Maka, ilmu pengakap yang aku peroleh boleh diubah dan dikembangkan malah boleh dibuang kemengarutan yang ada. Apa perlu mengikut tradisi yang entah dari mana asalnya itu?

+ Aku belum berbangga menjadi ahli pengakap secara kurang rela ini, namun aku berterima kasih kerana dapat menimba ilmu-ilmu pengakap itu dari guru yang punya pendirian tersendiri.

+ Chow!

1 Komen

  1. Wonderful, what a webpage it is! This website provides helpful information to us,
    keep it up.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s