[ Dari Bukit ke Lembah ] – Episod 24: Tracking my root back

+ Berlegar-legar sekitar Kuala Lumpur. Tanah tumpah darah, bumi yang aku pijak waktu mula kenal dunia lebih 20 tahun lepas. Mungkin ramai tak tahu aku membesar dan mengenal Kuala Lumpur lebih awal dari mereka-mereka yang lahir selepas aku di sini. Sejak Bas Mini warna warni, bertukar jadi pink, kemudian semuanya jadi besi buruk atau bas sekolah, diganti dengan Bas Intrakota yang entah berapa ketika sahaja merajai jalan di Kuala Lumpur. Waktu itu, Kuala Lumpur pesat membangun sehingga tempat permainan aku dulu-dulu sekarang ada yang sudah jadi Kompleks membeli belah!

+ Sedikit terkilan dengan mercu-mercu yang masih tinggal dari dulu sehingga kini. Kebanyakkannya bukan milik orang Melayu. Melalui Jalan Telawi di Bangsar, tersergam kukuh lagi Pasaraya TMC dicelah-celah bangunan-bangunan moden sekelilingnya. Ya, aku masih ingat Pasaraya itu tempat aku membeli barang dapur suruhan Bonda dahulu. Cuba pusing pula ke Selayang. Pasaraya Warta yang menjadi mercu Selayang dulu masih juga kukuh meredah kepesatan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Carefour dan lain-lain. Jika kedua-dua itu milik orang Melayu, alangkah bagus.

+ Masih wujudkah lagi Federal Bakery di Puchong? Bau roti segar yang baru dibakar sentiasa menusuk selera sewaktu bermukim di sana. Masih memandu bas sekolah lagikah Pakcik Ali di Kampung Laksamana, Selayang? Lawak Jalil Hamid yang selalu menghiburkan kami seisi bas masih terngiang. Ya, ingatan-ingatan semakin pudar… Aku kira satu hari sebelum selesai tugas di Kuala Lumpur ini, aku mahu jejak balik tapak-tapak kecil aku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini. Ya, di Puchong, Kampung Pandan, Bangsar, Taman Selayang dan akhir sekali di tengah-tengah Kotaraya.

+ Chow!

2 Komen

  1. sy masih tidak mengenali apa itu kuala lumpur

  2. owh… kena duduk lama lagi la.. :P


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Jun 2009
    M T W T F S S
    « May   Jul »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008