[ Dari bukit ke lembah ] – Episod 22: Nafas yang tersekat-sekat

+ Baru mahu menikmati nafas-nafas baru yang segar. Tiba-tiba ia kembali tersekat-sekat. Ibarat ancaman lelah yang melanda menyebabkan nafas semakin layu. Bukan, aku bukan sakit atau kembali terkena ancaman asthma yang entah berapa lama tidak menjegah. Cuma semangat baru yang aku kecap tempoh hari mula mencari jalan untuk menghilang.

+ Seminggu ini menghilangkan mood aku hampir 100%. Jadual kelas yang tunggang langgang akibat pensyarah yang sibuk dengan temuduga. Aku bukan mempersoalkan kesibukan mereka. Tetapi aku terkilan dek janji-janji mahu mengadakan kelas tetapi akhirnya kosong. Kasihan dengan sahabat-sahabat yang tinggal jauh. Ada yang sememangnya perlu keluar selepas subuh kemudian hanya boleh pulang selepas maghrib. Jika satu hari itu dia datang fakulti, tiba-tiba satu hari itu juga tiada kelas, apa perasaannya? Ada 95 orang, maka masing-masing punya kesempitan masing-masing. Tidak terfikirkah mereka?

+ Entah, aku bukan mahu salahkan sesiapa. Cuma sangat terkilan dengan seminggu ini. Aku bukan rajin sangat mahu masuk kelas. Namun oleh kerana hormatkan pensyarah, aku gagahkan untuk hadir. Namun jika seminggu ini berulang kembali… aku fikir baik lepak mid valley main bowling.. hu hu hu.

+ Apa perasaan jika disuruh ke kelas hanya untuk menanda kedatangan sahaja?

+ Chow!

1 Komen

  1. kadang2. tak semua benda yang kita tak suka, kita tak hadapi. dan kadang2. tak semua benda yang kita suka, kita perolehi.

    errr… kadang2. saya pun tak faham. hahaha…


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s