[ Dari bukit ke lembah ] – Episod 20: Menghela nafas baru

+ Sudah minggu ke tiga semester kedua berlangsung. Mungkin lumrah sesuatu perjalanan itu mesti melalui fatrah jatuh (baca: down). Dua minggu sebelum ini aku rasa sangat jatuh. Mungkin kerana terkejut dengan berita sedih tampoh hari, atau mungkin sudah sampai tahap tepu, atau mungkin juga lumrah PELAJAR sejak dari dulu; Malas, bosan, kalau boleh nak ponteng hari-hari. Ha ha ha.

+ Aku yakin bahawa jatuh itu tidak lama. Selepas melakukan beberapa perjalanan (baca: keluar dari UM), jatuh itu sudah mula hilang. Apa yang ada sekarang adalah semangat baru untuk menghabiskan baki pengajian yang hanya sekangkang cenekoh sahaja. Tidak, bukan bermakna aku sangat bersemangat sehingga berubah menjadi mat buku, mat rajin masuk kelas, mat selalu terpacak di kerusi depan. Aku tetap macam mula-mula aku daftar DPLI dulu. Ha ha ha. Mat yang kuat tidur, kacau orang, kadang-kadang lari dari kelas pergi lepak minum kantin akak comel tu. Ha ha ha. Cuma aku sudah tidak beremosi seperti tempoh hari. :)

+ Ibarat menghela nafas yang baru, udara yang berkitar dalam paru-paru mula mendapat tambahan yang segar dari luar. Jiwaku kembali segar. Mungkin sampai pengakhiran semester ini. Kemudian kisah lain yang perlu dimulakan sendiri. Syukur dengan udara baru ini. Syukur dengan kembalinya semangat ini.

+ Aku mula terfikir untuk kembali mencanting kertas putih. Seperti waktu aku jatuh di Mesir dahulu. Kertas putih yang banyak meneman untuk aku kembali menghela nafas-nafas seterusnya. :)

+ Chow!

6 Komen

  1. Guild81, Buatlah apa yang patut dan mesti untuk mendapat Diploma Pendidikan. Lepas itu postinglah jadi Ustaz. Mendidik sambil berdakwah serta mendalami ilmu akhirat. Ajak ramai-ramai makhluk manusia menjadi muslim, mukmin dan muttakin. Itulah kerja yang mulia di sisi Allah SWT sekira dibuat penuh ikhlas mencari mardhatillah.
    Asasnya dah ada. Ilmu dah ada, pengetahuan tentu banyak, maklumat pula bertebaran disana sini.. banyak sekali. Laman sesawang pun dah ada. Gunakan ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk berdakwah dialam maya. Kalau tak ada yang nak dengar, tulis ajelah diblog. Nanti adalah yang baca. Hidayah bukan kita punya tetapi Allah SWT yang akan beri. TK.

  2. time kasih Pak Itam :)

  3. Dengor tu nasihat yang berguna…
    _____________________

    Jemput datang ke blog saya – http://sempurnahealth.wordpress.com
    Your source of beauty|healthy|wealthy blog’s

  4. Ir Nizar MB Perak yang Sah… huhuu – apa kena mengena dengan entry ini????

  5. Ha ha ha… Allahu AKbar!

  6. =)..itulah hidup yang kita perlu laluinya dengan penuh semangat n iman…selagi termampu lakukanlah..=)


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    April 2009
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008