[ Dari bukit ke lembah ] – Episod 16: Kaki dan bumi

+ Kaki; Mana-mana pun pergi, walaupun menumpang roda dua atau empat atau terbang ke awan biru, akhir tetap berpijak di bumi juga… kan? Bumi yang bulat, yang sama sejak engkau, aku, mereka di lahirkan. Jadi, kenapa perlu melatah bila kaki kau dicuit?

+ Berada di UM ni lebih kurang tiga bulan, banyak pengalaman baru yang aku kutip. Ya, untuk diri aku sendiri. Permusafiran dahulu walaupun jauh berbatu-batu, masih tidak membekalkan pengalaman yang baru aku jumpa sekarang. Hal teman-teman, kerenah masyarakat serta suasana akedemik tanah air yang masih segar untuk aku kupas dan potong-potong menjadi hidangan untuk masa depan. Cuma sedikit sesal atas beberapa peristiwa yang tidak disangka. Cukuplah sekadar pedoman dalam berteman. Untuk aku.

+ Apa yang penting, di mana pun kita tercampak, kaki tetap berpijak di bumi juga. Jadi tetaplah dengan pendirian yang sudah kita bina. Kenapa perlu cepat melompat? Hanya dek ujian yang sedikit. Hanya dek godaan dunia yang sementara? Masing-masing sudah punya tapak kukuh untuk berdiri, wajarkah mencalarkan identiti yang kita ada?

+ Pesan aku untuk aku dan kamu-kamu, bumi tidak akan berada di atas kepala. Maka tetaplah berdiri dengan kaki yang kita ada.

+ Chow!

2 Komen

  1. assalamualaikum wbt. apa khabar? sehat ka. aku sehat alhamdulillah. no tepon yang kau bagi tu hilang pulak sebab beli tepon baru balik KL bulan 12 yang lalu. alhamdulillah baru-baru aku di kurniakan seorang cahaya mata tanggal 20 Mac 2009. Bayi lelaki di beri nama AHMAD FIKRUZZAHID. Apa perkembangan sekarang? Sambung master kat UM ka?Tahniah la. Selamat berjuang dan berjaya satu hari nanti.

  2. salam geng.. Mabruk alaikuma.. nanti koi msg no koi.. Bukan sambung master daa.. amik Diploma Pendidikan kat UM. Setahun je koi kat sini..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Mac 2009
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008