[ Dari bukit ke lembah ] – Episod 15: Ujian itu menakutkan?

+ Entah. Sepanjang aku menghadapi mana-mana ujian, perasaan takut itu tidak wujud. Cuma risau dan berdebar sahaja. Risau dan berdebar itu belum dikira takut lagi kan?

+ Bila pensyarah psikologi aku bercerita soal ujian, maka bergerak lagi otak aku yang sudah semakin lembab buat masa ini. Katanya jika takutkan ujian atau peperiksaan, ingat balik ujian dan peperiksaan yang telah kita lalui dengan jayanya dulu. Katanya lagi, sepanjang hidup manusia sentiasa melalui ujian. Malah kebanyakkannya pasti dilalui dengan jaya. Pernah belajar bawa basikal? Itu salah satu ujian yang paling popular yang dilalui dengan jayanya oleh setiap kanak-kanak. Walaupun natijahnya jika gagal kemungkinan akan meninggalkan parut yang nampak, tetapi ramai yang berjaya kan? Jadi takut apa dengan peperiksaan yang hanya perlu kamu duduk, baca, tulis?

+ Bila berfikir balik soal ujian, manusia sendiri antara tugasnya menjadi khalifah muka bumi ini adalah melalui ujian-ujian yang disediakan oleh Allah. Cuma ujian itu ikut tahap kemampuan manusia itu sendiri. Walaupun ada yang mengatakan tidak mampu hadapi ujian yang dia lalui itu, sebenarnya dia tidak sedar; Setiap ujian punya jalan keluar. Tugas kita hanyalah cari jalan keluar itu. Adakah kerana hujan yang membasahkan baju-baju dijemuran, kita mahu salahkan tuan punya hujan itu?

+ Jadi, ujian itu walaupun sulit, membebankan, namun ia tetap mampu dihadapi. Kalau tidak susah, sulit dan membebankan, tidaklah dinamakan ujian kan? Bagi aku, ujian tidak sulit, tetapi mencabar.

+ Pesan aku, jangan takut dengan ujian. Takutlah Tuhan yang memberi ujian tersebut!

+ Untuk semua sahabat-sahabat DPLI UM 09, selamat menghadapi ujian. Semoga segala usaha membuahkan hasil yang memuaskan. :)

+ Chow!

1 Komen

  1. semoga dan selamat berjaya. =)


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s