[ Dilema Melayu ] – Bukan konklusi The Malay Dilemma

+ Menilai kembali antara peninggalan penjajah tidak kira di mana, salah satunya menghapuskan budaya serta merendahkan taraf bangsa yang mereka jajah agar tidak mampu menandingan budaya serta taraf penjajah. Inilah fakta yang dapat aku konklusikan melalui pembelajaran soal sejarah penjajahan dunia. Maka aku terfikir dan berfikir, adakah kerana budaya dan taraf Melayu menjadi punca penjajahan lebih 5 abad yang lalu?

+ Persoalan yang kini berlegar, benarkah apa yang dicanang-gendangkan tentang Melayu? Melayu sama dengan layu? Melayu sinonim dengan malas? Melayu malas berfikir? Melayu bangsa petani? Melayu masih delima kerana kemelayuaannya?

+ Kembali semula pada 5 abad lampau, bagaimana Melaka menjadi hab perdagangan terbesar di Asia Tenggara yang menghubungkan pedangang timur dan barat. Bahasa Melayu (jawi) menjadi lingua fanca waktu itu sebagai bahasa perdagangan seterusnya mengangkat budaya dan taraf bangsa Melayu sebagai bangsa yang maju waktu itu.  Malah dikatakan, bidang keilmuan Melayu ketika itu sangat pesat sehingga pelbagai bahan-bahan ilmiah dari Tanah Melayu dilarikan oleh penjajah dan kini masih berada di perpustakaan terkemuka dunia. Terfikirkah kita bahawa, adakah sinonim Melayu 5 abad lampau dengan Melayu kini?

+ Walaupun mungkin ini hanya telahan merapu, atau tembak sipi-sipi, aku kira dilema yang yang dicanang-gendangkan sejak dari pengakhiran zaman penjajahan tentang melayu itu cuma cerita rakyat yang disogok agar Melayu itu sendiri berpendirian begitu. Agar Melayu itu sendiri menganggap mereka malas, menganggap mereka layu. Cerita yang aku kira sengaja disogok oleh penjajah agar Melayu kembali mundur jauh dari mereka. Agar Melayu akan kembali mencari mereka setelah dibebaskan dari penjajahan.

+ Ya, ibarat pantang larang Melayu itu sendiri yang disogok agar anak-anak mereka lebih bersopan santun. Mana mungkin tumbuh bisul hanya kerana duduk atas bantal? Jadi mungkin kaedah itu juga diguna supaya Melayu akan terpantang dengan kemajuan yang sebenarnya mereka telah kecapi lebih 5 abad yang lalu.

+ Aku teringat ciptaan alat mengira dalam ilmu Falak iaitu Rubu’ Mujayab. Itu adalah ciptaan Melayu! Maka konklusinya, adakah budaya kita kini sebenarnya hasil dari fitnah penjajah?

+ Chow!

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s