[ Perlukah berfikir di luar kotak? ]

+ Biasa kita dengar ungkapan seperti ‘Think out of the box’ atau ‘Think beyond the bounderies’. Ya, istilahnya berfikiran positif. Setelah berfikir ‘di luar kotak’ tentang pemikiran di luar kotak ini maka aku teringat satu perkara asas tentang alat yang kita guna untuk berfikir, iaitu akal. Pernahkah kita tahu bagaimana zat akal itu? Pernahkah kita tanya apa itu akal? Apa hakikat akal?

+ Akal mengikut pandangan Imam al-Ghazali merupakan satu sifat yang ada pada manusia untuk membezakan manusia dengan binatang. Maka tugas akal itu secara asasnya untuk menjadikan manusia itu manusia, bukan binatang yang berupa manusia. Dan sebagaimana yang aku belajar tentang hakikat akal; Ia dicipta sangat terhad. Kuasa yang ada padanya hanya seluas alam nampak, dari langit hingga ke perut bumi. Itu sahaja. Bila fikir-fikir tentang hakikat tersebut, Allah menjadikan akal kita sebenarnya di dalam kotak! Cuma kotak itu seluas alam nampak dari langit luas hingga ke perut bumi.

+ Maka persoalannya perlukah kita berfikir di luar kotak? Perlukah kita berfikir melebihi batas-batas yang telah ditentukan? Jadi di mana letaknya kedudukan pemikiran positif di dalam Islam?

+ Cuba kita pandang ke belakang, kerana akal, manusia di katakan berasal dari beruk. Kerana akal, munculnya Mu’tazilah, kerana akal timbulnya komunis, kerana akal tertegaknya sistem kapitalis, kerana akal juga, wujud manusia-manusia yang cuba merubah apa yang ada di dalam al-Qur’an. Dari realiti tersebut aku melihat bahawa berfikir di luar kotak sebenarnya tidak mampu mentafsir manusia itu sendiri. Sebanyak mana idea-idea yang dicanang oleh cerdik pandai dahulu namun terkubur di mamah zaman? Sebanyak mana pula manusia yang semakin rosak dek kerana mengagungkan idea-idea yang idealistik itu?

+ Maka, apa perlu berfikir di luar kotak sedangkan bumi yang kita pijak ini masih goncang? Apa perlu berfikir melebihi batas jika kita sendiri tidak pasti apa yang ada diluar batasan tersebut? Bagi aku, berfikir positif dengan realiti yang wujud. Kerana Islam itu bukan semata idealistik tetapi realistik.

+ Chow!

Advertisements

4 Komen

  1. bagi saya ‘pikir luar kotak’ tu perkara yang ‘berkalau’ dan ‘jika’ atau juga modal kekreatifan atau khayalan. dan tak salah selagi tak keluar landasan.

    oh. salam jumaat. =)

  2. Bukan perlu fikir diluar kotak (thinking out of box)..

    Fikir diluar otak lah..

    Kat kepala mana ada kotak… haha..

  3. jadi kena sebut thinking out of brain? ha ha ha

  4. Mengapa tak tilik dari istilah Al Quraan. Ta’kilun ke, Ta’lamun, Tubsirun dan lain-lain perkataan dari al Quraan disamping memanfaatkan pandangan Ulama’ yang menekuni bidang fikir berfikir. Semoga Allah menjadikan pemikiran kita lebih luas barkat menggunakan perkataan yang Dia isyaratkan.
    Yang mencetuskan kata-kata berfikir diluar kotak itu siapa? Apa panduan hidupnya. Idea seseorang tetap dikuasai oleh budaya dan cara hidupnya. Begitu juga jalan dan cara berfikir pasti dalam lingkungan budayanya. Yakinlah isyarat yang diberikan oleh Allah SWT melalui Quraan dan contoh teladan Nabi lebih futuristik berbanding fikiran merapu oleh pemikir pemikir yang kononnya sangat berfikir. Pemikiran mereka setakat terjejak di alam benda dan tidak tembus ke alam gharib kecuali yang dikehndaki oleh Nya.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s