[ Dari bukit ke lembah ] – Episod 11: Pendidikan

+ Aku kini memang tertekan dengan asignment yang menghambat. Macam pergi kedai mamak yang banyak jenis-jenis rotinya, nak makan semua tak cukup duit. Hu hu hu.

+ Sambil-sambil menyelesaikan assignment yang entah bila mahu selesai aku dapat beberapa input yang aku kira sangat berguna dalam soal pendidikan. Satu perkara yang aku mahu ulas adalah kepentingan pendidikan.

+ Mengikut pendapat Imam al-Ghazali, pendidikan yang baik adalah meraikan fitrah kejadian yang Allah anugerahkan kepada manusia sejak lahir. Maka tugas pendidikan bukan satu tugas mengubah individu sahaja, tetapi lebih dari itu; Mengubah masyarakat sama ada menjadi semakin baik atau kekal dengan kemakmuran yang ada. Cuma, adakah tugas pendidikan di negara kita begitu?

+ Aku tidak mahu mengandaikan sesuatu yang subjektif kerana suasana pendidikan berbeza mengikut masyarakat. Mungkin di bandar begitu dan di kampung begini. Tetapi secara dasarnya apa yang mampu kita lihat kini? Adakah masyarakat kita menuju kesempurnaan atau merudum menuju kemerosotan akhlak dan nilai? Dalam hal ini Imam al-Ghazali meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada pendidikan. Jika baik pendidikan maka baiklah masyarakat, jika sebaliknya jawablah sendiri.

+ Chow!

2 Komen

  1. tapi ada 1 persamaan pendidikan di bandar atau di kampung; ianya telah ‘diniagakan’ untuk mendapat keuntungan. chop! tak mahu masuk isa. =)

  2. Pendidikan itu luas, Mendidik ertinya meraikan fitrah manusia. Disekolah mungkin kita didik untuk meraikan mana-mana boleh diraikan, ikut sukatan pelajaran dan kokurikulum. Tapi bagimana pula dekat luar sekolah?
    Sekolah bina satu nilai katakan nilai sayang atau nilai bersih dekat rumah dia atau dekat luar sekolah nilai itu akan dimusnahkan.Mungkin guru-guru bina nilai-nilai baik ajar anak solat tapi bagaimana kalau ibubapa tak solat.
    Bagi yang memang memahami kehendak fitrah (berapa aje yang faham) dapatlah anak dididik dengan baik tapi bagi yang tak kisah, hancurlah!!!
    Sekian, TK


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s