[ Cinta sama dengan makan ]

+ P/s: Artikel ini ditulis untuk pelajar DPLI UM 09. Cuma boleh dijadikan rujukan untuk semua :)

Oleh kerana kita semua nak jadi cikgu; Jadi aku nak kongsi sedikit pendapat tentang fenomena yang kadang-kadang kita sendiri yang berijazah sarjana muda Pengajian Islam pun keliru. Bila cikgu keliru maka takut nanti menceritakan konsep yang salah kepada anak murid. Ingat, segala apa yang kita ajar dan bagitahu itu akan dihitung di sana kelak :)

Fenomena itu adalah cinta, kepel, balak-awek, I lap u, u lap me, sayang-abang, dan macam macam lagi. Jadinya, soal cinta selepas nikah itu bukan cerita aku.

Cinta itu fitrah. Sama dengan Makan. Makan itu juga fitrah. Jadi kalau tak makan itu sudah langgar fitrah. Orang langgar fitrah ini boleh diketagorikan sebagai orang gila. Maka orang menolak cinta itu juga mungkin boleh diketagorikan sebagai orang gila.

Allah campakkan kepada kita fitrah makan. Makan Allah suruh kita makan selagi mana kita mahu makan asalkan makanan itu tidak diharamkan oleh Allah. Maknanya makanlah apa yang kita mahu makan selagi tiada dalil yang mengharamkan makanan tersebut. Jadi kita kena faham, walaupun makan itu fitrah, tetapi Allah menghadkan pemakanan kita agar manusia tidak rosak dengan makanan-makanan yang tidak elok.

Sekarang kita sama dengankan makan dan cinta. Dua-dua adalah fitrah. Maka setiap fitrah itu Allah sudah tentukan had-hadnya. Dalam pemakanan terdapat perkara-perkara haram yang kita perlu jauhi maka begitu juga dalam cinta juga terdapat perkara-perkara haram yang perlu kita elakkan. Jika kita kata kita bercinta kerana fitrah, maka ia bukan alasan untuk melakukan perkara yang di haramkan oleh Allah.

Fenomena kini, ramai yang menganggap fitrah cinta itu boleh menghalalkan larangan-larangan Allah. Kerana mereka menganggap cinta itu perlu keluar bersama, perlu mengucap kata-kata cinta, perlu bermesra-mesraan, perlu memanggil kekasih itu sayang, abang, bi dan sebagainya. Mereka anggap itulah fitrah cinta. Jika ada yang berpendapat demikian, maka samalah orang yang berpendapat riba’ itu perlu dalam perniagaan kerana tanpa riba’ tiadalah keuntungan. Sama juga dengan orang yang berpendapat arak itu perlu dalam pemakanan kerana boleh menenangkan jiwa. Mahukah kita yang sudah mempunyai ijazah sarjana muda Pengajian Islam menjadi orang yang menghalalkan perkara yang haram?

Jadi, cinta itu sama dengan makan. Jika kita bercinta sambil melakukan perkara yang dilarang kerana menganggap ia fitrah, maka ibarat kita makan babi kerana menganggap babi itu adalah sebahagian dari makanan.

Bagaimana mahu bercinta yang memenuhi fitrah yang Allah hadkan? Kamu semua sudah ada ijazah Sarjana muda Pengajian Islam, maka praktikkanlah ilmu-ilmu kamu :)

Sekian untuk renungan bersama. Bak kata Dr. Zawawi, jangan salah konsep!

+ Chow

1 Komen

  1. setuju bebeno koi dengan pandangan ustaz tu..tu la nak jadi ustaz ustazah bukan senang. ramai benor mata yang memandang dan menilai apa yang dilakukan. Kawan nampok sekarang ni..ustaz dah tak macam ustaz lg dah. Ustazah pun gitu..Kalau kat sekolah tu..sama je dengan cikgu dari segi watak dan kelaku. Kawan kabo ni..bukan seme begitu..adala sorang dua.sapa makan cili terasalah pedasnya..Jadi..jaga imej ..supaya kita tak difitnah.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Februari 2009
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    232425262728  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008