[ Berfikir ibarat seorang politikus ]

+ Untuk memahami sesuatu perkara yang khusus, maka kita harus berfikir ibarat orang yang terlibat di dalam perkara tersebut. Jadi aku kira jika mahu memahami keadaan politik di Perak, maka aku perlu berfikir ibarat seorang politikus.

+ Kegawatan politik tanahair berlaku lagi. Kini menggoncang pentadbiran Dato’ Ir Nizar di Perak. Semua angkara aktiviti lompat melompat. Ya, jika aku seorang ahli politik, aku akan kata mereka yang melompat-lompat itu bukan ikhlas. Kerana politik sekarang ini tidak berpijak atas keikhlasan. Kebanyakkannya untuk senang poket sendiri. Jika aku seorang ahli politik, aku juga akan kata; Pihak yang beruntung itulah yang punya angkara.

+ Bukan susah mahu faham situasi di Perak kini jika aku berfikir ibarat seorang politikus; Mudahnya begini:-

a) ADUN lompat itu terima rasuah dari pihak yang beruntung untuk lompat.
b) Pihak yang beruntung itu pasti tidak mahu rugi; Maka dicari alasan untuk mendapat keuntungan senang seperti tidak mengadakan pilihanraya semula.
c) Pihak yang rugi pula akan cuba sedaya upaya untuk kekal berkuasa. Maka mereka yakin kemenangan dengan pilihanraya semula.  Kemungkinan untuk pihak yang rugi merasuah juga akan berlaku.

+ Bagi aku yang sedang berfikir ibarat seorang politikus; Orang-orang PKR kebanyakkannya adalah bekas orang UMNO yang tidak mendapat apa-apa keuntungan dalam UMNO. Jadi jika diberi sedikit keuntungan; Mesti senang hati untuk melompat.

+ Aku bukan menuduh; Cuma berfikir ibarat seorang politikus. Tidak setuju? Cuba kamu pula berfikir ibarat seorang politikus!

+ Semoga Perak kembali dibawah kerajaan yang adil!

+ Chow!

3 Komen

  1. Barangkali orang yang melompat itu dengan poket yang penuh ataupun di belakangnya ada c4..hehe

  2. Owh… kamu pun sudah berfikir ibarat politikus… hu hu hu

  3. Oh, saya bukan politikus. Saya mengikuti isu semasa. Mudah untuk menulis cerita. Hahaha (alasan)


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Februari 2009
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    232425262728  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008