[ Dari bukit ke lembah ] – Episod 9: Tiga hari itu

+ Tiga hari aku bermukim di Bukit Ibam. Hanya kantin sahaja yang berubah saiznya. Keadaan lain masih seperti dulu termasuk krisis awal tahun. Agaknya krisis awal tahun itu sudah menjadi agenda tahunan kot.

+ Sepanjang di sana aku memerhatikan langkah aku sejak mula melangkah kaki ke sana hampir dua tahun lepas. Dari seorang yang kosong tentang senario sekolah sehingga aku menjadi seperti sekarang. Bukan semuanya aku tahu, tetapi suasana sekolah itu banyak mengajar aku cara untuk menghadapi risiko separa sedar. Contohnya bagaimana mahu menyelesaikan sesuatu tugas yang hanya diberikan 5 minit untuk disiapkan. Ha ha ha. Dan suasana itu aku kira masih berterusan sehingga kini di sekolah itu. Dan lagi; Aku merinduinya!

+ Semasa bersembang dengan Mat, terpacul satu ayat dari mulut aku; “Aku rindu gile life macam ni…”

+ Antara ayat-ayat pilu dari anak-anak murid aku; “Ustaz benti x bagitau pun…” ; “Lepas habis belaja ustaz ngaja sini balik kan?” ; “Nak ustaz juga… x nak ustaz lain..” Huh! Pilu kan?

+ Sengaja mahu menoleh belakang kembali, moga-moga aku lebih bersedia untuk kehadapan. :)

+ Chow!

5 Komen

  1. cakap je macam ni, “lepas ostat habis belajar, kalau balik sekolah pun hampa sume dah habis belajar dah.”

    woo.. ostat yang disayangi murid2. :D

  2. Syid….

    Sepanjang mengikuti peredaran masa dari usia ambe…masih remaja hingga ke waktu sekarang…..
    ambe boleh perhatikan serta terlihatkan…..watak-watak para ostat…yang ngajor kat ibam ni….semuanye…dikatakan ok gak….tarak sombong….punye…….makanye… sentiasalah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung…kejap ade keje…..sambung lg…

  3. Sebenarnya… orang-orang ibam ramai yang peramah.. x sombong. Lebih-lebih lagi geng2 veteran.. Itu yang wat aku suka duk ibam tu..

  4. Salam Sejahtera untuk kamu…N..keluarga ambe….too.

    ade…masa Cuti….. nanti…..mai ibam..boleh turun padang….lg…xdak orang nak layan ….en.mat ribut……

  5. Insya Allah… masih teringat kemeriahan di Ibam :)


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s