[ Dari bukit ke lembah ] – Episod 8: Al-Qur’an & terjemahannya

+ Al-Qur’an diturunkan dalam Bahasa Arab.  Bahasa Arab adalah bahasa yang sangat indah. Setiap perkataan punya makna tersendiri walaupun kadang-kadang diterjemahkan secara seerti. Contoh mudah perkataan duduk. Ada dua istilah dalam Bahasa Arab yang bermaksud duduk tetapi mempunyai pengertian yang berbeza:-
1) Jalasa: Duduk dari pembaringan. Maksudnya perlakuan duduk setelah berbaring.
2) Qo’ada: Duduk dari berdiri. Maksudnya perlakuan duduk setelah berdiri.

+ Apa yang aku cuba sampaikan; Al-Qur’an yang diturunkan di dalam Bahasa Arab itu tidak hanya boleh difahami dengan membaca terjemahan sahaja. Ulama’-ulama’ terdahulu telah bertungkus-lumus untuk memahami al-Qur’an walaupun mereka sendiri berbahasa Arab. Jadi kita yang Melayu yang hanya tahu sedikit sebanyak tentang Bahasa Arab layakkah mahu mentafsir al-Qur’an dengan hanya berpandukan terjemahan?

+ Aku bertemu dengan satu perkumpulan yang bertujuan mahu membicarakan tentang al-Qur’an. Ya, memang kebanyakkan yang disampaikan itu ada benarnya. Cuma, apa yang membuatkan aku ragu-ragu adalah cara mereka memahami al-Qur’an dengan hanya berpandukan terjemahan. Malah, mentafsirkan al-Qur’an itu mengikut ayat-ayat terjemahan Melayu tersebut. Sebelum ini aku hanya mendengar cerita dari orang-orang yang pernah mengikuti perkumpulan sebegini. Semalam aku sendiri yang mengikuti. Ya, ada keraguan dalam perbincangan mereka yang telah aku utarakan.

+Mungkin aku akan terus mengikuti perkumpulan tersebut untuk lebih tahu di mana sumber sebenarnya ilmu mereka, apa tujuan perkumpulan tersebut sebenarnya, dan lebih penting, tak mahu sahabat aku tersilap langkah.

+ Chow!

10 Komen

  1. salam…

    masa sek dlu, yg kami tau qa’ada = jalasa… baru kini tau maksud sebenar… kalu mcm tu, sepatutnya guru2 dlu menyebut uq’ud, bknnya ijlis selepas berdiri.. :0

  2. Ye… orang arab menyebut uq’ud utk suruh org duduk.. bukan ijlis … :)

  3. Assalam mualaikum wr wbt
    Pertama: Guild kena bantu mereka. mereka ada kekurangan awak ada kelebihan, bila dalam kumpulan mereka boleh lah awak terangkan beza antara terjmahan dan tafsir.
    Kedua: Bila nak bincang bawa sekali buku tafsir tak kiralah yang nipis atau yang tebal
    Ketiga: Buatlah pendkatan yang positif krana mereka ini nak kan Islam cuma mereka kurang ilmu alat iaitu bahasa arab, bayannya, mantiknya balaghahnya dll. Orang yang hendak kena bantu!!
    Keempat: Be prepare to be their Naqib dalam perbincangan.
    Kelima: Awak ada tanggungjawab dari segi ilmu kepada mereka. TK

  4. Time Kasih Pak Itam. :)

  5. saya pernah mengikut member pergi ke satu pengajian ni. Sudahla buat dlm rumah bujang lelaki – spesifik dalam bilik. Ada 2 ostat, 3 anak murid perempuan. Belajar tafsir al-quran, tapi kejap lompat surah ni, kemudian lompat surah ni. terjemah separuh-separuh. ambil mana yang menepati apa yang dikehendaki je, meskipun ayat tu cerita tentang benda lain. so, itulah pertama dan terakhir saya g

  6. Ya… begitu la cara pengajaran yang saya selalu dengar tentang kumpulan ini.. Saya dengar cerita kumpulan ini kuat di kuala lumpur dan berkembang ke pekan2 kecik.

    Saya kini sedang mengkaji mereka :)

  7. Mereka membuka pengajian dengan Bismillah dan menutup dengan Alhamdulillah yang ditekankan suaranya. Member yang mengajak tu tak beritahu siapa ostat yang mengajar, siapa kumpulan yang menganjurkan, di mana tempat buat. samapi di tempat kejadian, baru tau semua tu. Even saya kena naik kereta sekali dengan diorg untuk ke tempat itu.

  8. huhuhu. kalau ikut imam sayuti orang tu kena kuasai 15 jenis ilmu baru boleh nak tafsirkan qoran. 15 beb. diulang taip, 15 jenis ilmu. hebat betul orang malaya ni… =)

  9. To Xara: Kalau begitu, maknanya itu perkumpulan yang sama. Terima Kasih. :)

    To Cikwa: Itu lah yang saya bagitau mereka malam itu.

  10. Aok kena buat sesuatu..berusahlah membetulkan umat yang dah banyak terjerumus dengan lembah kesesatan walupun dirasakan dirinya tak sesat..moga Allah beri kekuatan..Takbir!!! Allahuakbar


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s