[ Campakkan diri dalam realiti ini ]

+ Demokrasi; Idealisma yang di war-war selepas bangkitnya tamadun barat. Timbul selepas revolusi yang menyebabkan pengaruh Gereja lenyap dan diganti dengan pemerintah rakyat untuk rakyat. Mungkin ada yang mengatakan idealisma ini boleh diterima Islam kerana Islam juga menganjurkan pemerintahan berbentuk syura. Bukan itu yang mahu aku nukilkan di sini, cuma satu elemen dari demokrasi itu sedikit mengetuk minda yang lama tertidur ini.

+ Demonstrasi; satu elemen yang muncul dari idealisma demokrasi. Rakyat bebas melaungkan pendapat dalam rapat umum bagi menyatakan hasrat atau bantahan. Itu definisi aku. Jadi, adakah demonstrasi itu menepati sistem pemerintahan Islam? Atau, apa sebenarnya tujuan demonstrasi? Atau, berbaloikah jika sekumpulan manusia berpanas, berhujan, melalak, menjerit dan sebagainya namun penghujungnya belum tahu di dengar atau tidak?

+ Melayu kaya dengan kata hikmah. Ibarat anjing menyalak bukit. Anjing sentiasa menyalak namun sesekali tidak bukit itu akan beralih walau seinci. Anjing tetap dengan keanjingannya yang akan menyalak bukit; Tetapi kita yang nampak realiti, adakah patut sama-sama menanjingkan diri menyalak bukit yang nun jauh di seberang laut sana? Bukan tidak setuju dengan demonstrasi bantahan keganasan Yahudi, namun; berbaloikah hanya dengan menyalak?

+ Sumbanglah semampu kita bukan dengan menyalak. Sampai bila pun kita berdemonstrasi, Yahudi tetap dengan perancangan mereka. Banyak mana pun bendera mereka kita bakar, darah anak-anak Palestin tetap akan tumpah sehingga mereka puas. Jadi kucing yang mengiau tikus. Sekali mengiau pasti ‘meghaban’ tikus-tikus hilangkan diri.

+ Chow!

6 Komen

  1. jadi ape alternatif kepada demonstarsi supaya bukit tu lari???

  2. Bukit takkan lari… tapi kalau ada manusia buat rumah banglo ke, kondominium ke, baru la bukit itu akan berubah. Anjing takkan pandai bawak bekho kan? Maka jadi la manusia yang boleh bawak bekho.. tarah bukit-bukit itu. Kita buat Relong Towers… hu hu hu.

    Aku cuma terfikir, mampukah hanya dengan berdemonstrasi boleh memberhentikan Yahudi dari melaukkan Palestin? Buang masa, buang duit. Banyak alternetif yg dah disediakan. Berderma, berdoa. Berdomenstrasi? Bagi aku ibarat anjing menyalak bukit.

  3. Berkenaan hal ini, kan baru-baru ni dianjurkan boikot. Letih mendengar orang yang tak sudah2 mempertikai berkenaan boikot yang dianjurkan sekarang ni. Masing-masing tak sudha bertanya, kenapa baru hari ni boikot? kenapa bukan dari dulu boikot? yang makan semalam itu bagaimana? kalau mahu boikot, komputer dan perkakasnya juga dari amerika. itu pun mahu boikot juga? damn, letih dengar pelbagai alasan. sama juga dengan orang yang memberi alasan tidak berderma kerana bimbang derma hanya sampai ke poket penganjur sahaja.

    oh, ini bukan hendak bising kepada kamu kerana komen berkenaan demo. Masing-masing ada cara tersendiri. Bagi yang berdemo mungkin ada sebabnya. Begitu juga yang lain2. Yang sedihnya adalah pihak yang tidak berbuat apa2. Jangankan berderma dan melakukan sesuatu, bersimpati pun tidak. :(

    p/s: baru tahu nama sebenar kamu :D

  4. saya tidak memboikot demonstrasi. Ya, kerajaan dahulu Thailand boleh berubah kerana demonstrasi! Tapi itulah demonstrasi Kucing. Mereka tahu dengan mengorbankan keamanan sebentar pasti akan berlaku perubahan. Itu demonstrasi berbaloi.

    Oh, nama itu memang benar cuma belum penuh lagi :D

  5. Kalau aok geram…rasa nak marah…pergi demonstrasi…biar pun hilang sekejap..tapi puas hati…apa lagi yang mampu dilakukan? doa, derma, solat hajat semua dah buat. Kalau ikutkan hati mahu saja aku angkat senjata pergi Gaza. Takbir!!! Allahuakabr

  6. Sebab itu aku tajukkan entri ini sebegini. Kadang-kadang, setiap tindakan kita perlu menilai dan mengamati realiti. Ikutkan geram, marah, mahu puas hati… maka dimanakah tahap penilaian kita?

    Takbir, Allahuakbar!!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Januari 2009
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008