[ Sesekali toleh ke belakang… ]

+ Situasi
+ Mak : Eh, mana Amjad?
+ Abang ipar : Amjad kat asrama la. Memang suruh dia duk asrama.
+ Mak : Laa… ingat kat Amjad ada. Dah goreng pun ayam untuk bebudak ni. Ecah sorang je la makan.

+ Ya, tiada yang pelik, kelakar atau menarik dalam dialog itu. Cuma, tetiba aku terdetik. Dah besar rupanya anak saudara aku itu. Dulu, dialah penyeri keluarga. Cucu sulung Abah dan Mak. Waktu kecilnya terpengaruh dengan suasana kasar masyarakat Arab membuatkan dia sangat disayangi arwah Abah. Kini dia hampir menjangkau usia 13 tahun. Sudah masuk sekolah menengah. Rasa macam sebentar.

+ Bermakna, aku sudah semakin dimamah usia. Dalam 3 tahun lagi aku bakal berusia 3 dekad. Sesekali menoleh belakang aku kira aku sangat berpuas hati dengan jalan yang telah aku lalui. Walaupun pernah terfikir untuk pilih laluan lain, tetapi berkat panduan arwah Abah, aku masih di jalan ini. Mungkin orang kata jalan ini takkan bawa kekayaan, takkan beri kesenangan hidup, tetapi arwah Abah hanya mahu kami adik-beradik tahu untuk melangkah sampai ke akhir nanti. Sedikit pun aku tidak kesal dengan tindakan arwah Abah melarang aku ke UIA 10 tahun dulu.

+ Kini, arwah Abah sudah hampir 5 tahun meninggalkan kami. Namun, jasanya menunjukkan kami langkah yang betul akan aku ingati sehingga akhir hayat. Aku juga akan pastikan cucunya juga akan tahu bahawa langkah yang bakal kami tunjukkan pada mereka adalah langkah yang pernah kami belajar dari arwah.

+ Chow!

3 Komen

  1. Salam saudara, saya minta izin utk ambil sedikit gmbar2 pemandang di ibam untuk projek menyiapkan blog sy..bumi Smabi yang penuh memori…sy ex student taun 97-99..
    tima kasih..

  2. dalam pada nak mengejar kemajuan diri sesekali perlu jugak untuk kita toleh ke belakang

  3. To WS: Salam. No hal. Sile sile. Bumi SMABI memang penuh memori walaupun sebagai guru :D


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s