[ Dari Bukit Ibam ke Lembah Pantai ] – Episod 3: Salah siapa?

+ Ada beberapa kekeliruan berlaku. Aku tidak pasti dan Alhamdulillah tidak termasuk dalam kumpulan yang terkeliru itu. Cuma kesian dan mungkin boleh aku katakan tidak adil bagi mereka jika terus ditendang dari kursus ini. Berita dari IPTA lain yang menganjurkan kursus ini juga begitu, malah telah pun ditendang.

+ Memang di dalam iklan tawaran DPLI tempoh hari ada menyatakan syarat bahawa hanya graduan Ijazah Sarjana Muda TAHUN 2007 DAN SEBELUMNYA SAHAJA yang layak untuk memohon DPLI. Itu tidak boleh dipertikaikan. Cuma, perlaksanaannya sangat mengelirukan sehingga calon-calon yang tidak layak ( baca: graduan 2008 ) boleh diterima menduduki MEDSI, dipanggil temuduga malah dihantar surat tawaran. Itu kekeliruan yang timbul. Adakah mereka menipu semasa mengisi borang? Aku yakin tidak. Kenapa semasa temuduga tempoh hari mereka tidak ditendang waktu itu? Padahal waktu itu para penemuduga pasti boleh mengesan mereka yang tidak layak tersebut melalui ijazah yang ditunjukkan. Atau penemuduga tidak mengetahui syarat tersebut?

+ Salah siapa? Memangsakan siapa? Mereka itu bukan orang senang-senang mahu datang mendaftar kemudian rela ditendang begitu sahaja.

+ Ya, kadang-kadang rezeki itu bukan kita boleh dapat mudah-mudah. Jika Allah kata ia bukan untuk kita waktu ini, maka bersabarlah. Semoga sahabat-sahabat yang termasuk dalam kekeliruan ini tidak putus semangat.

+ Chow!

1 Komen

  1. […] + Doakan mereka dengan berkat usaha ini. Oh, kisahnya di sini. […]


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s