[ Dari Bukit Ibam ke Lembah Pantai ] – Episod 0 & 2

+ Episod 0: Kenangan terakhir.

+ Sebelum bertolak ke UM tempoh hari, aku menghabiskan lebih kurang 4 hari di Ibam. Menyelesaikan kerja yang tertangguh dek anugerah Ilahi kepada Odah. Dia dapat anak lelaki. Alhamdulillah. Jadi kerja kami itu terpaksa aku selesaikan. Maka sempatlah aku ambil gambar-gambar kenangan di SMABI. Cuma,  aku hanya berada di belakang kamera. :)

Ini meja kerja aku. Nampak kemaskan? Hu hu hu

Ini meja kerja aku. Nampak kemaskan? Hu hu hu

Suasana bilik guru A. Rajin cikgu-cikgu sekolah ni, cuti pun bawak anak-anak lepas sekolah.

Suasana bilik guru A. Rajin cikgu-cikgu sekolah ni, cuti pun bawak anak-anak lepak sekolah.

SMABI dalam kenangan

SMABI dalam kenangan

+ Gambar-gambar lain boleh rujuk ke Bakul Gambar.

+ Tanggal 30 Disember 2008, aku dengan rasminya meletak jawatan sebagai Guru Bantuan Bahasa Arab MUIP di SMABI. Segala kenangan selama setahun 10 bulan amat beerti bagi aku. Pulang, pandu kereta sambil diringi lagu hangguk-hangguk kepala – The Day That Never Comes, Metallica. Ha ha ha.

+ Episod 2: Sesat ke pangkal jalan.

+ Ini ungkapan baru. Aku cipta. Hari ini aku memperjudikan diri sendiri serta memangsakan Zam untuk ke Bangi. Walaupun aku tahu, hujung pangkal jalan ke sana sikit pun aku tak tahu. Cuma yang aku tahu, kena tuju Seremban.

+ Lebih kurang pukul 5 petang bertolak dari Lembah Pantai. Sampai lebih kurang 6.30 petang di Bangi. Ya, aku nak tanya orang-orang arif jalan sekitar sini, logik ke tempoh itu? Aku sesat mencari tol Sungai Besi yang tak kunjung tiba walaupun aku menuju ke Seremban. Mungkin agaknya aku kurang sabar sehingga menyusur ke susur yang entah mana-mana. Ha ha ha.  Akhirnya dengan bantuan sahabat yang ingin aku jumpa itu, maka aku sampai juga ke Bandar Baru Bangi.

+ Jalan pulang pula sangat lancar. Aku menguatkan kesabaran sehingga bertemu tol Sungai Besi yang sebenarnya hanya sekangkang gajah sahaja dari Bangi. Kemudian menuju Kuala Lumpur, menyusur ke jalan Pantai Baharu melalui lebuhraya NPE dan sampai. Alhamdulillah. Tidak sampai sejam.

+ Aku: Zam, mesti ko nyesal ikut akukan. (semasa terperangkap dalam jem)
+ Zam: Dari aku boring gila kat UM tu, baik aku sesat ikut ko.

+ Ya, dia rela disesatkan oleh aku. Tapi sesat ke pangkal jalan. Hu hu hu.

+ Chow!

3 Komen

  1. biasala tu sesat-menyesat. Kalau tak, nanti tak ingat jalan. Ngehehe.

  2. disebabkan ada yang rela disesatkan tidaklah berdosa orang yang menyesatkan tu kan? ha ha ha. selamat bertemu ke pangkal jalan. =)

  3. Ustaz…Zam jugakla..yang jadik..mangse…
    pada waktu kamu dua orang datang jumpe..gan pengetua..dulu….
    ambe..
    perasan kamu….tapi kamu dok perasaang…kat ambe pasal ambe dok kat gazebo..cendawan…
    ambe…ingat…budak mane lak ni … nak ambik result kot….rupe…rupe…kena ngajor…kat SMABI…..
    takpela…masa dah berlalu….
    semoga kejayaan bersama mu…


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Januari 2009
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008