[ Guru & Murid ] – Episod 26: Skrip & masa depan

+ “Anak abang ni lulus, tapi dia kena tumpukan betul-betul la untuk subjek akedemik. Sebab tahun depan PMR.”

+ “Anak akak ni nakal. Nakal pun biasa-biasa je la mengikut kawan-kawan.”

+ “Tiusyen untuk tingkatan 2 takde lagi. Nanti naik form 3 baru ada. Petang malam petang malam. Sampai muntah “

+ Di atas adalah skrip yang tak perlu hafal. Lancar je bila mengomen anak-anak murid aku pada ibu bapa mereka. Aku kira tanggungjawab aku untuk cerita yang benar walaupun ada yang mula tarik muka bila aku citer lebih-lebih pada mak ayah mereka. Dan skrip itulah aku duk ulang dari pukul 9.30 pagi tadi sampai pukul 12 tengah hari. Owh lupa nak bagitau, hari ini hari tandatangan buku rekod murid.

+ Hari ni hari terakhir dalam kalender persekolahan. Maknanya kira last day untuk aku di sini jika aku mahu dan di izinkanNya. Tadi dapat surat tawaran dari BPG untuk mengikuti kursus KPLI-KDC (kursus dalam cuti) anjuran JAIP. 17 ni aku kena lapor diri di Maktab Lipis. Maka aku berada dalam 2 keadaan:-

1) Jika aku mahu terus bekerjaya di sini, maka aku akan mengikuti KPLI-KDC selama setahun setengah. Implikasinya, aku perlu bayar sendiri kos pengajian, aku kemungkinan akan terus dengan jawatan ‘sementara’ sehingga tamat pengajian.

2) Jika permohonan DPLI aku berjaya, aku perlu pilih sama ada mahu terus dengan ‘kepompongan’ kerja selesa ini atau berhijrah. Orang kata berhijrah itu bagus. Namun aku masih tak pasti apa risiko akan datang jika aku berhijrah.

+ Aku malas lagi fikir panjang, 17 ini aku akan mendaftar di Maktab Lipis.

+ Chow!

4 Komen

  1. selamat tak ada cutilah eh. hahaha… takziah tak dapat berfoya2 dengan jayanya.

  2. Aku ada cadangan. Apa kata kita memancing kat sungai jelai aje.. 17 ni aku ada kat lipis… huhuhuhu…

    Bicara tentang risiko: Jika takut dipukul ombak, jangan berumah ditepi pantai, berumah aje kat darat yang selamat sebab JBA ada untuk salur air ke rumah kita.. huhuhuhu

  3. ingt masa sekolah dlu2… alhamdulillah cikgu takde komen teruk sgt… tp selalu kena prestasinya nih menurun… menurun… menurun lg…

    selamat berkursus la jawabnya…

  4. selamat kembali belajar.Hehe


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    November 2008
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008