[ Guru & Murid ] – Episod 25: Tidak Gagal?

+ Tok Menteri kata Sains & Math dalam English tidak gagal kerana rekod kelulusan pelajar dalam kedua-dua matapelajaran tersebut sentiasa meningkat. Statistik menunjukkan peratus kelulusan subjek sains dalam UPSR baru ini meningkat 1.7% dan dengan konfidennya tok menteri itu iktiraf bahawa mereka tidak gagal. Secara medianya betul. Secara statistiknya benar. Realitinya bagaimana?

+ Aku bagi realiti sebuah sekolah kluster di Kawasan Muadzam Shah yang mejoritinya pelajar Asli. Ya, memang statistiknya memberangsangkan dengan hampir 80% pelajarnya mendapat A dalam sains. Tapi bagaimana korang fikir jika; Pelajar Asli yang hanya datang ke sekolah tidak lebih 10 hari boleh mendapat C dalam sains? Lojik? Tidak mustahil? Dan bagaimana sekolah mejoriti Asli itu boleh mendapat 80% A dalam Sains? Aku bukan memperkecilkan kebolehan anak-anak Asli. Cuma lojik atau tidak korang kira-kira sendiri.

+ Aku bukan tuduh cuma terlintas, adakah keputusan peperiksaan pelajar juga sudah menjadi mainan politik?

+ Chow!

2 Komen

  1. […] Aku bagi realiti sebuah sekolah kluster di Kawasan Muadzam Shah yang mejoritinya pelajar Asli. Ya, memang statistiknya memberangsangkan dengan hampir 80% pelajarnya mendapat A dalam sains. Tapi bagaimana korang fikir jika; Pelajar Asli yang hanya datang ke sekolah tidak lebih 10 hari boleh mendapat C dalam sains? Lojik? Tidak mustahil? Dan bagaimana sekolah mejoriti Asli itu boleh mendapat 80% A dalam Sains? Aku bukan memperkecilkan kebolehan anak-anak Asli. Cuma lojik atau tidak korang kira-kira sendiri – Gild […]

  2. Menteri Pelajaran adalah orang yang tak yakin kepada Sistem Pelajaran Malaysia yang dalam perlembagaan negara dan Akta Pendidikan 1996 serta laporan Rahman dan laporan Razak mengatakan bahawa bahasa pengantarnya ialah Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Nama aje Melayu yang hunus keris dua tahun berturut-turut tapi Bahasa sendiri dia tak percaya.
    Tapi cuba fikir apa kaitan ajar sains pakai alat ICT tapi tak beri perhatian kepada buat amali dimakmal. Duit untuk beli ICT berbillion RM tapi nak latih pembantu makmal tak ada peruntukan!!
    Itulah penipuannya.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s