[ Guru & Murid ] – Episod 23: Tayang-gentayangan

+ Baru balik dari berkhemah di Pantai Balok. Perkhemahan serba kelam-kabut dan paling santai. Itu semua idea Zam. Lantak, janji program jadi budak seronok, kami letih. Ha ha ha. Aku masih lagi menghadapi sindrom kurang daya ingatan, jadi tiadalah gambar-gambar untuk dipertontonkan.

+ Hari ni dalam minggu terakhir persekolahan. Acara tayang-tayangan sudah berlaku sejak minggu lepas. Murid-murid memang memilih. Kalau ditayang dokumentari atau kisah-kisah yang terlalu ‘lurus’ maka akan berdengung la dewan dengan borak-borak mereka. Tapi jikalau ditayang cerita kartun atau apa-apa jua cerita kontemporari, umpama dilanggar garuda. Ya, tadi mereka di tayang cerita Shin Chan.

+ Bila tengok Buletin Utama semalam papar kisah tayangan Sajak Kematian itu, aku cuma melihat; Umur pelajar itu terlalu kecil untuk faham. Cuma, cuba sebutkan neraka kepada mereka, mesti mereka akan menikus dan takut. Itu tandanya mereka faham. Satu lagi, jika tayangan itu dikatakan memberi ‘nightmare’ kepada mereka, habis ibu bapa sendiri yang menayangkan cerita atau membawa anak-anak menonton ‘congkak’ ke ‘chermin’ ke ’40 hari bangkitnya pocong’ ke macam mana? Adakah ia suatu tajuk yang lain? Aku kira sama sahaja, sama-sama tayangan, sama-sama tontonan. Jadi, apa yang mahu dikecohkan jika tayangan ‘Sajak Kematian’ yang berunsur islamik itu dipertontonkan? Adakah kerana ia berunsur islamik atau kerohanian?

+ Orang kita suka buat kecoh tentang perkara yang tidak perlu dikecohkan. Setuju?

+ Chow!

+ p/s: Pantai Balok banyak obor-obor. Sakit ooo kena sengat!

2 Komen

  1. oo, motifnya nak cerita kena geget obor-obor ye.. :D

  2. To Xara: Tak, motifnya kalau kena geget obor-obor sapu dengan pasir pantai yang basah. :P


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    November 2008
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008