[ Guru & Murid ] – Episod 22: Kekangan

+ Oleh kerana teguran dari pihak JAIP semalam sudah masuk mesyuarat, maka berlakulah satu situasi yang amat unik. Masing-masing mencari masa untuk menyiapkan kertas jawapan murid sambil dibayangi dengan tugas-tugas lain menjelang akhir tahun seperti persedian Jamuan Akhir Tahun malam esok (alamak backdrop x siap lagi!), persedian perkhemahan ke Balok hujung minggu ini (nak pegi ke x nak?), hujan (bes oo tido), main ping-pong, lepak kedai sampai berembun, tengok Prison Break dan yang seangkatan dengannya serta layan blog (ha ha ha). Tugas-tugas itu adalah kekangan.

+ Jadi, dialog begini biasa terdengar dari guru-guru;

A: “Ini semua kekangan la ni!” Sambil bersungguh-sungguh memukul bola ping-pong

B: “Kekangan ni…. Bini aku dah sampai.” Sambil menghidupkan enjin motor pulang ke rumah.

C: “Jap lagi aku sampai, kekangan ni… ” Sambil bersiap-siap untuk ke kedai Bi.

+ Nak tulis entri ni pun dah kira kekangan. Hari ni belum satu kertas lagi aku selesai tanda.

+ Chow!

Advertisements

6 Komen

  1. hooo… ‘kekangan’ tu macam alasan je kan? sebab sempat lagi pukul bola ping pong dan lepak2… =)

  2. hehehe memang banyak sungguh kekangan… skrg dh mula hujan kembali… aduh kekangan (baca: tido)

  3. Dialog pagi ini:-

    Aku: Hari ni tiga-tiga Bos x de.

    Mat: Semalam aku dah bagi Razli jadi bos sebab dia s/u kurikulum. Hari ni Razli cuti plak. Kirenya ko la pulak Karim sebab ko s/u displin, rasyiq gpk 1 sebab s/u koku.

    Kemudian aku keluar kantin dan nampak kancil GPK kurikulum.

    Aku: Letak jawatan belaka, bos no 2 dah sampai.

    Hari ni kekangan lagi sebab ada gotong royong!

  4. Akhi Gild,

    Selamat di blog baru.

    Kekangan = Peluang. Macam senang je bunyinya kan. Yang tersirat dan rahasia hikmah itu yang payah.

    Semoga tetap menjadi murabbi yang bestari hendaknya.

  5. ia seumpama ketika saya dan teman sepejabat membebel berkenaan kerja yang melambak sambil bershopping di alamanda, putrajaya.hoho.

  6. To ALQASAM: Ahlan! Awak pun sudah bertukar blog ek?


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s