[ Guru & Murid ] – Episod 21: Buku vs realiti

+ Memang aku baru setahun jagung manis dalam arena perguruan. Jika garam diambil kira sebagai pengukur, memang garam yang aku dah makan belum cukup mahu bikin bisnis juta-juta. Mungkin ada yang tidak setuju dengan protes aku kali ini. Masing-masing ada mata dan akal, lihat dan fikir sendiri.

+ Semalam sekolah di’serang’ pemantau dari JAIP. Aku tak kisah tentang serangan itu. Mana yang silap itu memang disengajakan kerana kesibukan menjelang akhir tahun. Maka komennya dikatalah ‘guru-guru Ingkar perintah’. Aku tak kisah lagi. Memang kami suka ingkar perintah. Ha ha ha. Namun bila disoal tentang periksa yang tamat awal dari sekolah lain, itu aku kisah. Sebab aku tukang buat jadual periksa.

+ Alasan kami agar guru-guru sempat menanda kertas jawapan yang bertimbun dan sempat untuk menyelesaikan tugas mengeluarkan keputusan akhir tahun pada akhir persekolahan nanti. Senang mahu kira-kira murid mana yang masih layak untuk bersekolah di sini. Masa selama seminggu lebih yang diberi itu sebenarnya masih belum cukup untuk guru-guru di sini yang masing-masing mengajar lebih 24 masa satu minggu. Itu realiti guru-guru di sekolah agama JAIP. Macamlah ‘dia’ itu tidak faham realitinya. Mahu samakan dengan guru-guru sekolah Kementerian ‘yang boleh selesai ikut masa’?

+ Aku tidak faham kenapa mesti menunjukkan ‘kuasa’? Padahal ia satu perkara yang boleh ditolak ansur kerana ia perlu mengikut realiti, bukan buku! Jadah la korang dengan buku-buku korang itu!

+ Chow!

3 Komen

  1. salam…

    kdg2 ‘pegawai2 pendidikan’ tuh mmg tak pernah terlibat langsung dlm arena perguruan… mmg langsung tak paham… jadik mcm ketam ajar anak berjalan…

  2. huuu… garangnya. tak takut kena banned kah? mentang2 nak akhir tahun dah ni. =)

  3. To CIKWA: Ha ha ha, ai bukan nak masuk tb takut kena banned. Lagipun ai ni hanya guru sementara :D


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s