[ Reunion: Rakan se’Aqidah’ ]

i – Prolog

+ Kami antara minoriti di kalangan pelajar Melayu yang tercampak ke bumi Shibin el-Kom. Orang kata; mereka yang seperti kami ini menempah ‘maut’ kerana memilih pengkhususan itu*. Ya, jika diikut pada sejarahnya. Namun oleh kerana minat dan ‘tidak suka menghafal’, Jabatan Aqidah & Falsafah menjadi pilihan kami. Waktu itu (baca: tahun 2004) aku, Apit, Zain dan seorang lagi Melayu baru sampai, Ijad Blek serta Rodi pada tahun berikutnya menjadi penyambung legasi. Madahnya ada 18 per 2 semester dan memang secara sejarahnya tidak ramai yang akan pulang mudah melalui jalan ini.

ii – Ke Nilai 

+ Asalnya mahu mengambil sijil asli Ijazah milik Rodi yang di bawa pulang oleh Ijad Blek. Pertemuan dengan Rodi di kedai maknya raya lepas menjadi pemula rancangan. Rodi mengajak aku dan keretaku ke Nilai berjumpa Ijad Blek. Bukan tak boleh suruh Ijad pos saja, cuma memang rancang untuk buat pertemuan semula setelah masing-masing terpisah dek kedudukan geografi yang berbeza. Cadangnya aku, Rodi, Mizi dan kemudian aku mengajak Zam sekali.

+ Kelmarin 1 November, hanya aku dan rodi dan viva biruku bertolak ke Nilai. Sebelum itu, Rodi cadang untuk singgah di Setapak, rumahnya Apit. Cadangan tersebut masih terapung sambil menuju terus ke Nilai. Sampai di Nilai atau lebih tepatnya Kuarters KLIA. Bersembang kemudian makan tengahari sambung sembang lagi akhirnya Ijad bersetuju untuk ikut kami ke Kuantan semula. Seterusnya cadangan terapung ke rumah Apit dipersetujui akhirnya.

iii – Reunion

+ Sampai di Setapak, maka terjadilah reunion Class of Aqidah wal Falsafah al-Azhar Universiti of Shibin el-Kom. Walaupun hanya 4 orang sahaja, namun sudah cukup 2/3 ahli. Apit batch 2004/2005, aku batch 2004/2006, Rodi batch 2005/2007 dan Ijad batch 2004/2008. Banyaklah yang disembangkan tentang memori di tanah gersang sana, realiti kehidupan dan kutuk-kutuk gurau. Aku memang pelupa, maka tiadalah gambar kenang-kenangan semasa reunion yang tidak dirancang tersebut.

+ Bukan senang mahu berjumpa semulakan?

+ Chow!

* Setiap pelajar yang mengambil jurusan Usuludin di Universiti al-Azhar perlu memilih pengkhususan setelah naik ke tahun 3. Pengkhususan tersebut ada 3 iaitu, Syukbah (Jabatan) Tafsir wal Ulumuhu, Syukbah Hadith wal Ulumuhu dan Syukbah Aqidah Wal Falsafah.

p/s: Terima kasih kepada senior kami yang menolong memudahkan jalan kami dan kami tahu jalan itu telah anda semua tebas dan bersihkan rintangan-rintangan besar semasa anda semua lalui dulu. Tanpa bimbingan anda semua mungkin ramai lagi ‘geng buruk’ masih tinggal di sana. Syukran! 

3 Komen

  1. Hello, i read your blog from time to time and i own a similar one
    and i was just curious if you get a lot of spam responses?
    If so how do you protect against it, any plugin or anything you can recommend?
    I get so much lately it’s driving me insane so any support is very much appreciated.

  2. The popular the page using the links, the more inevitable a thief
    will edit it, taking out the links and any possibility of gaining.
    This ensures that a web site cannot have an article on Wikipedia since
    it does not take largest of their kind. In addition, Wikipedia
    can be be extremely helpful any time a student encounters a phrase, name, or any other bit of
    information that’s unfamiliar.

  3. Casinօt uppdateras regelbundet ett annat alternativ r det
    nyligen stilіga av ett nytt սnikt casinoеrbjudande att vi fr chansen
    pοst och chatt. Uոibet som visаsbildeո nedan:
    du chans att vinna en har startat kan du mngfald olika kasinospel bdeflashversioո reԀ star explore
    wоrlds.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s