[ Guru & Murid ] – Episod 20: Pendidikan: Jatidiri bangsa yang semakin terhakis.

+ Perkara ini aku mula perasan sejak di permukiman gersang sana. Ketibaan pelajar-pelajar baharu yang kebanyakkannya masih kosong dengan jatidiri Melayu terdidik. Hadir dengan hanya bertujuan mengejar segulung ijazah luar negara. Ya mungkin lebih menarik perhatian bos-bos untuk mengisi kekosongan jawatan. Kredebiliti sebagai pelajar jurusan agama juga semakin hilang dengan pelbagai kebiasaan ‘Melayu’ yang di bawa sampai ke sana. Mula saat itu aku mula tertanya, di mana silapnya?

+ Lebih kurang 8 tahun aku tinggalkan uniform sekolah. Mungkin ada yang anggap ia satu jangka masa yang tidak lama. Namun, perubahan generasi pasca 2000 sangat besar. Kemudahan global yang menghimpit masyarakat amat besar impaknya. Maka anak-anak yang beruniform ini semakin terhakis jatidiri mereka. Manakan tidak jika setiap hari menaip sms berbaur cinta, lucah, caci-maki, hiburan terlampau? Ya, aku tanya lagi di mana silapnya?

+ Di mana silapnya proses pendidikan yang telah aku sendiri lalui sebelum ini? Memang dulu pun ada juga sahabat aku yang rosak hilang arah walaupun berada di landasan yang sama. Namun bilangan mereka hanya 1 atau 2 sahaja. Anak-anak kini? Adakah kerana zaman sudah semakin maju? Atau manusia kini mudah hilang arah? Jika anak-anak di laluan pendidikan agama ini sudah begitu, bagaimana pula di laluan pendidikan yang satu lagi?

+ Mungkin; Aku bilang mungkin; Kementerian PENDIDIKAN Malaysia (dahulu) yang sudah dijenamasemula sebagai Kementerian PELAJARAN Malaysia sememangnya tidak mahu mendidik?

+ Aku teringat sembang kosong seorang jiran abg ipar aku; “Cuba kita ingat zaman kita bebudak dulu; hiburan ni berbayar. Gi funfair ke. Kalau band bagus-bagus mahal sikit. Tapi sekarang ni, dorang yang datang kat kita. Bukan kita gi cari macam dulu-dulu. Dah la datang tempat kita, free pulak tu! Dah macam mana anak-anak kita tidak jadi cam sekarang?” Entah, aku nukilkan sahaja; Korang lihat-lihatlah sendiri.

+ Chow!

+p/s: Entri ini sambungan dari entri-entri terdahulu di Bilek Kechek

3 Komen

  1. Sistem pendidikan sekarang sangat berorientasikan peperiksaan. Jangankan subjek-subjek akademik. Mata pelajaran agama seperti Feqah, Tafsir&hadith, Sirah dan subjek-subjek untuk peperiksaan Sijil Menengah Agama pun sudah diringkaskan menjadi point-point sahaja. Kesannya, memanglah ramai yang cemerlang dalam pelajaran, tetapi yang mereka dapat hanyalah point-point sahaja, dan bukannya ilmu itu secara keseluruhan.

  2. Assalam mualaikum wr wbt. Acik!! Sebenarnya pendidikan kita dah hilang barakahnya. Yang jadi huru hara ini kerana ramai perancang di atas bukan nak mendidik tetapi hendak menghabiskan budget yang berbilion tu. Ramai juga para pemimpin negara sepatutnya dah mati kalau ikut hudud kerana ramai yang dah berzina. Ramai yang rasuah dan berbagai kemungkaran yang lain. Akhirnya barakah dalam mendidik dah hilang. Allah dah tarik kehebatan pencaraian ilmu. Erti ilmu “Sampainya makna sesuatu kedalam diri sudah tidak difahami” Yang difahami ilah sijil atau segulung ijazah. Roh didikan dah tiada. Itulah bahana dari kesilapan dan salah faham tentang pendidikan

  3. Dahulukan adab sebelum menuntut ilmu kerana adab akan memperelokkan ilmu. Pendidikan berteraskan adab perlu ditekankan. Dek kerana kurang adablah pelajar-pelajar sekarang tidak hormat guru, ibu-bapa dan sesiapa sahaja. Zaman kita dahulu, ibu-bapa pesan kepada guru kalau anak buat nakal rotan saja asalkan tidak patah riuk. Zaman sekarang kalau anak-anak dimarahi oleh guru ibu-bapa akan datang menyerang. Guru-guru sekarang hanya boleh mengajar saja tetapi tidak dibenarkan mendidik. Halangan-halangan beginilah yang menyukarkan para pendidik mendidik pelajar dengan baik.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s