[ Famili Day ]

+ Setelah berhempas pulas redah denai-denai asing sambil di hiasi letupan kereta di seberang jalan sana, sampai juga aku ke Resort Lis-Naa-Ree, Cherating. Di situ akn berlangsung famili day sekolah aku. Walaupun tidak semeriah tahun sudah, ratingnya masih memuaskan dengan kehadiran lebih separuh rakan sekerja dengan famili mereka. Aku? Datang ahli keluarga baruku, viva biru. Ha ha ha.

+ Harijadi Soltan Pahang (24/10) kami sambut di gelanggan bowling Kuantan Plaza. Ya, ini baru kali kedua aku cuba membaling bola-bola berat itu. Dulu-dulu aku pernah baling KE BELAKANG, bukan ke longkang. Jadi sebab itu aku tak berapa brahi nak main. Tapi setelah cuba-cuba, baling-baling, ejas-ejas, penyudahnya team aku dapat no 2, dan aku boleh jadi pembaling bola berat terbaik yang ke-empat. Hu hu hu. Bukan 4 orang je yang main ek!

+ Mungkin itu kali terakhir aku berfamili day bersama mereka. Walaupun pusingan U sudah jelas di hadapan. Minggu lepas aku selesai mengisi borang KPLI-KDC untuk guru-guru sementara JAIP. Maka jika aku mahu, aku akan terus di sini. Meneruskan usaha membentuk murid-murid sulung aku. Entahlah, pilihan itu masih belum aku tentukan.

+ Chow!

2 Komen

  1. wah.. sudah bermain bola berat. Kami selalu bermain dengan tempo paling lemah lembut dan sopan santun. Sampai nak tunggu bola masuk ke gawang..eh, bola nak mengenai pin, sempatlah minum air dulu. Lama juga tak berboling ni..

  2. Baru cuba-cuba main balik. Itu pun masih troma dgn bola KE BELAKANG. Ha ha ha.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s