[ Cuba lihat dari arah lain ]

+ Assalamualaikum

+Manusia diberi 2 biji mata seorang. Tiada yang lebih; Yang kurang itu ditentukan Allah sebagai ujian. Gunanya untuk melihat. Mata-mata itu berada di anggota paling atas iaitu kepala. Namun, mata-mata yang hanya boleh melihat zahir perlu kepada otak yang mengandungi akal. Otak diberi seorang satu. Tiada yang lebih. Gunanya juga untuk melihat. Melihat apa yang mata tidak boleh melihat. Kerana otak itu tidak terzahir, akal itu tidak boleh dilihat, maka gunanya untuk melihat apa yang mata tidak boleh lihat.

+ Manusia akan melihat dari mana kedudukan matanya. Ke bawah memandang bumi yang dipijak, ke atas melihat langit yang dijunjung, kekiri melihat ancaman yang tidak berbau, kekanan mengintai tuah yang melayang, ke depan merenung masa apa bakal mendatang, ke belakang mengingati masa yang ditinggalkan. Cuma semua itu dari sudut yang sama; Dari arah mata berada. Mengapa tiada yang cuba melihat dari arah yang lain? Dari hujung ibu jari terus ke depan atau mungkin dari bawah tapak kaki mendongak ke langit. Pasti input yang berbeza kan?

+ Aku sudah berpindah. Bilek kechek itu akan aku tinggalkan. Owh, sebenarnya sudah lama aku tinggal sejak aku meninggalkan permukiman sementara di tanah gersang sana. Di sini aku menyambung kembali coretan dan repekan; Cuma mungkin dari sudut pandang yang berlainan. Cuba untuk melihat dari bawah tapak kaki!

+ Chow! Selamat bercuti.

9 Komen

  1. salam.. yang bahsa arab tuu.. atas tu maksud nye ape?
    huhuhuu.. tuu gambar raya ke unkel??

  2. waahhhh..cantiknya umah baru kamu!!

    rajin2laa menyapu ya!!!

    ahaks!!

  3. To Puan Kechik: Ro’yun Akhar = Another View = Pandangan lain. Hu hu. Tu bukan gambo raya. Itu gambo jadi pengapit spupu kawen tahun lepas.

    To Riena: Saya memang malas menyapu. Nak upah bibik la. Ha ha ha.

  4. macam ku kenal pemuda berempat tu. siapa yek. adakah rakan-rakan bloggers?

  5. Owh, pemuda berempat itu di gelar cucu-cucu pawang Brahim. Macam anak-anak sidek tu…. wkakaka

  6. dari bilek kecik…masuk ke ruang yg lebih luas…
    jadikan ia satu manfaat kepada diri sndri ngn org lain wahai cucu pawang Brahim…
    ada bakat penulisan yang tersembunyi cucu2 pawang Barhim ni…warisan sapa yerk?

  7. Slamat datang ke alam wedpress… huhuhu..

    p/s: Gambar kat header tu yang tak tahan tu…

  8. To KIPP: Ya, itulah gambar yang paling sopan dan ensem yang aku ada masa wat banner tu ha ha ha…

  9. Hey there! I’ve been reading your weblog for a while now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Atascocita Texas! Just wanted to say keep up the great job!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • [ Taqwim ]

    Oktober 2008
    M T W T F S S
        Nov »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • [ Cuba lihat dari bawah tapak kaki ]

    "Jika kau rasa pilihan kau tidak tepat, sebenarnya kau salah lihat. Setiap pilihan pasti ada risiko; Cara kau mengatasi risiko menentukan tepat atau tidak pilihan itu."

    + Mula berblog pada Mac 2004

    + Blog ini bermula Oktober 2008